Di Sebalik Tuduhan Negatif, Pelancong UK Kongsi Pengalaman Terkandas & Penghargaan Kepada Malaysia - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Di Sebalik Tuduhan Negatif, Pelancong UK Kongsi Pengalaman Terkandas & Penghargaan Kepada Malaysia

Share
  • Mesej ikhlas dikongsikan seorang pelancong asing kepada rakyat Malaysia iaitu Darren Cronian.
  • Video (Remote Darren) berdurasi lapan minit mencatat 76 ribu tontonan setakat ini sejak dimuatnaik di YouTube pada 11 Julai.
  • Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut berkongsi video tersebut di Facebook miliknya Ahad lalu.

Timbul rasa cemburu melihat kejayaan Malaysia dalam konteks mengawal pandemik COVID-19 daripada terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan tempatan.

Sedar tak sedar, media asing atas tiket ‘laporan media yang bebas’ telah mendokumentasi perihal Malaysia menangani isu kesihatan global buat tatapan dunia.

Bak kata pepatah, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

Kini, rakyat Malaysia menikmati kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan melancong dalam negara setelah tiga bulan ‘terkurung’ jiwa dan raga.

Sarawak
Empangan Bengoh - Foto/Aizaharwani MJ

Pengorbanan berada dalam batasan dinding ke dinding, dari ruang tamu ke dapur, kini dibayar dengan kelonggaran sekatan perjalanan serta pembukaan semula sektor pelancongan domestik.

Di sebalik tuduhan semberono terhadap pihak berkuasa Malaysia “kononnya” telah menganiaya rakyat asing semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Jolokan suara berniat ‘tidak baik’ ini disangkal secara berhemat oleh warga asing yang terkandas.

Seorang daripadanya, usahawan dalam talian dan YouTuber dari United Kingdom (UK), Darren Cronian menerusi salurannya, Remote Darren.

“Malaysia, a place that I feel like home, a place that I not feel alone and a place where my belly has growth”.

A Foreigners Message to Malaysia

Warga UK ini berkongsi pengalamannya sewaktu terkandas di Malaysia hampir 11 minggu sejak Mac lalu.

Tinggal bersendirian dalam apartmen dan Cronian bersyukur apabila kenalan di Malaysia menghubunginya dan bertanya khabar.

Darren kagum dengan cara pihak berkuasa tempatan mengendalikan situasi pandemik dengan melaksanakan PKP serta mengehadkan pergerakan rakyat.


“Apabila saya melihat Malaysia menguatkuasakan PKP, menutup pintu sempadan, tidak membenarkan pelancong luar masuk dan memastikan rakyat kekal berada di rumah.

Tindakan ini membuahkan hasil, sedangkan UK, Itali dan Eropah perniagaannya masih dibuka. Saya kuatkan semangat (komited) tinggal di Malaysia untuk menempuh tempoh kuarantin,” jelas warga UK berusia 46 tahun itu.


Darren Cronian
Darren Cronian menerusi saluran YouTube, Remote Darren

Jika kita menilai dari satu sudut sahaja, maka negatif lah penerimaannya. Sisi positif dan pujian terhadap tindakan Malaysia membendung virus maut itu sudah terbukti dengan kejayaan Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah.

Beliau antara doktor terkemuka di dunia dalam memutuskan rangkaian COVID-19. Dr Noor Hisham juga cukup disenangi rakyat Malaysia sehingga digelar ‘trusted face’.

Message from a foreigner to Malaysians.‪Amidst with all the negativity in AJ news regarding Malaysia, listen to this…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Ahad, 12 Julai 2020


Sebelum menamatkan videonya, Darren Cronian mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana mengambil berat mengenai dirinya selama dikuarantin, menyediakan rumah dan persekitaran yang selamat dan sangat menghargai rakyat Malaysia yang sentiasa bertanya khabar dengannya sepanjang 11 minggu PKP.


Mural Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah
Mural Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah

Pepatah melayu ada menyebut; Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Sumber: Astro Awani & YouTube Darren Cronian

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!