Didenda 10,000 Yen Jika Merakam Foto Geisha & Maiko Tanpa Kebenaran di Kyoto - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Didenda 10,000 Yen Jika Merakam Foto Geisha & Maiko Tanpa Kebenaran di Kyoto

Share

Tidak dinafikan, Kyoto, Jepun merupakan antara lokasi tumpuan pelancong.

Pepohon buluh Arashiyama, pasar ikan popular Nishiki Market dan “Geisha District” di Gion antara lokasi pilihan yang sentiasa menyaksikan kehadiran ramai pelancong.

Namun, kadang-kala menjadi lokasi tumpuan pelancong boleh membawa kesan negatif.

Antaranya, sikap tidak menghormati adab dan budaya masyarakat setempat dalam kalangan pelancong hingga membawa kepada pengenalan peraturan baharu yang menyusahkan semua pihak.

Bermula hujung Oktober lalu, Persatuan Penduduk & Pemilik Kedai Daerah Gion telah mengeluarkan peraturan melarang sebarang foto diambil di lorong-lorong persendirian berhampiran Hanamikoji Street – antara lokasi yang sentiasa dibanjiri pelancong di Kyoto.

Kawasan tersebut terkenal dengan jalan berbatu yang cantik, restoran-restoran dan kedai-kedai teh klasik dan semestinya – Geisha!

Menurut temubual dengan penduduk tempatan oleh stesen TV NHK, langkah drastik ini terpaksa diambil berikutan terdapat kalangan pelancong yang biadap dan tidak menghormati budaya setempat.

Difahamkan, terdapat para pelancong yang memasuki rumah-rumah persendirian di sini tanpa mendapatkan kebenaran. Malah, terdapat laporan pelancong menarik kimono wanita Geisha dan Maiko.

Papan-papan tanda larangan telah ditampal oleh Persatuan tersebut.

Di samping itu, risalah-risalah yang mewajibkan pelancong meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengambil gambar Geisa dan Maiko turut diedarkan.

Pelancong yang melanggar peraturan terbaharu ini, bakal didenda kira-kira 10,000 Yen (RM400).
Menurut Ketua Persatuan Penduduk & Pemilik Kedai Daerah Gion, peraturan tersebut perlu dilaksanakan bagi memulihara suasana tradisional Gion.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!