);

Type to search

Asia Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Diserbu Pelancong & Peminat K-Movie, Ini 4 Lokasi Filem Parasite Sedang ‘Trending’ di Seoul

Share
  • Filem arahan pengarah Korea Selatan, Parasite telah memenangi Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-92 di Los Angeles.
  • Parasite berjaya menewaskan filem-filem besar termasuk Joker, Ford Ferrari, Jojo Rabbit, Marriage Story, The Irishman, Little Women, 1917 & Once Upon a Time.. In Hollywood.
  • Filem genre drama/misteri menceritakan kisah keluarga Kim yang berusaha mengubah nasib miskin keluarga mereka kepada kehidupan lebih baik.

Kejayaan Parasite sebagai karya pertama dari Korea Selatan yang merangkul empat trofi termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Antarabangsa Terbaik cukup membanggakan Asian People!

Pujian dan kata-kata penghargaan tidak terhenti begitu sahaja.

Tonggak utama filem Parasite

Lokasi penggambaran yang muncul dalam filem arahan Bong Joon-ho itu sedang ‘trending’ apabila peminat dan pelancong luar tidak melepaskan peluang bergambar bagi meraikan kemenangan Parasite.

Menurut seorang peminat filem Parasite, Park Byung-ryul, dirinya sentiasa mengagumi karya dihasilkan pengarah Bong Joon-ho.

Saya melawat semua tempat utama yang muncul dalam filem ini selepas Parasite memenangi anugerah di Oscars,” jelasnya kepada Yonhap News Agency.

Jom kami kongsikan 4 lokasi ‘shooting scenes‘ Parasite yang menjadi tumpuan pelancong.

The stairs of Jahamun Tunnel

1. Woori Supermarket (Doijissal Supermarket)

Dikenali sebagai “Pig Rice Supermarket” di Korea, lokasi pasaraya ini muncul sebagai Woori Supermarket dalam filem.

Ramai pelancong asing telah melawat untuk mengambil gambar di depan pasaraya ini dan membeli sesuatu.

  • Address: 32, Songijeong-ro, Mapo-gu, Seoul
  • Hours of Operation: 08:30~24:30, everyday
  • Contact: 02-393-5806
  • Directions: Subway Line 2(#243) Line 5(#531) Exit 6 of Chungjeongno Station, walk 10 min
Woori Supermarket (Doijissal Supermarket)

2. Sky Pizza Restaurant

Lokasi ini merupakan sebuah restoran pizza yang diusahakan keluarga tempatan selama 17 tahun. Dalam filem Parasite, ia dikenali sebagai Pizza Age.

Terdapat kain rentang yang memaparkan gambar pemilik bersama pengarah serta autograf Bong yang dipamerkan di Sky Pizza. Ia terletak di Dongjak Ward, Selatan Seoul.

  • Address: 86, Noryangjin-ro 6-gil, Dongjak-gu, Seoul
  • Hours of Operation: 10:00~22:00, everyday (reservations possible outside the operating hours)
  • Contact: +82-2-822-3082
  • Directions: Subway Line 1(#136)&Line 9(#917) Exit 6 of Noryangjin Station, walk 10 min
Pizza Age (Sky Pizza)

3. Jahamun Tunnel

Kawasan berbukit berhampiran Jahamun Tunnnel turut menjadi buruan pelancong dan peminat Parasite.

Kim Ju-sam, pengusaha kafe kopi berhampiran terowong itu cukup bangga dengan kejayaan filem tersebut.

Beberapa kru datang ke tempat saya untuk minum kopi semasa penggambaran dijalankan. Seolah tidak sangka filem yang saya saksikan telah memenangi anugerah besar, saya berasa bangga“, katanya.

  • Address: 219, Jahamun-ro, Jongno-gu, Seoul
  • Directions: Subway Line 3 Exit 2 of Gyeongbokgung Station(#327), walk 10 min
The stairs of Jahamun Tunnel

4. Stairs in Ki-taek’s Village (Stairs connecting to President Park’s House)

Lokasi tangga di sini muncul pada babak di mana Ki-jeoing membeli buah peach dan membawa ke rumah Park.

Terletak hanya satu minit dari Pasaraya Doijissal, tangga ini mungkin kelihatan seperti tangga biasa, tetapi ia juga menjadi lokasi mesti dilawati untuk pelancong dan peminat Parasite.

  • Address: 3, Songijeong-ro 6-gil, Mapo-gu, Seoul
  • Directions : Subway Line 2(#243) Line 5(#531) Exit 6 of Chungjeongno Station, walk 10 min., 1 minute from Doijissal Supermarket
Stairs in Ki-taek's village

Kerajaan bandar Seoul telah memperkenalkan “Tour Course” membabitkan empat lokasi penggambaran yang muncul dalam filem Parasite. #ImagineYourKorea

Tour course by Korea Tourism Organization
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!