DIY Mee Segera Di Mamee Jonker House Melaka - Verst );

Type to search

Backpackerz Feast Insider

DIY Mee Segera Di Mamee Jonker House Melaka

Avatar
Share
Mamee Monster

Siapa tak pernah makan Mamee Monster snek? Makanan ringan yang popular sejak 1970-an lagi. Makanan ringan raksasa berwarna biru dan hidung merah sering menjadi pilihan kanak-kanak hingga kini.

Tahu tak Mamee Monster membuka Mamee Jonker House di Melaka. Kafe yang berkonsepkan kilang pembuatan makanan yang sangat menarik dan comel. Ia bukan sesuai untuk kanak-kanak sahaja tetapi sesuai untuk semua peringkat umur.

Anda boleh mengimbau kenangan semasa kecil dan merasai pengalaman baru. Selain seronok dan sibuk membuat aktiviti, anda boleh melihat cara pemprosesan dan buat mee anda sendiri!

Antara yang menarik di Mamee Jonker House adalah Lil Monster Kitchen. Anda berpeluang membuat buat Mamee Monster Snack dengan pilihan perasa sendiri memberikan pengalaman yang cukup istimewa. Anda juga boleh menghias bungkusan Mamee Monster Snack dengan kreatif. Setiap proses yang dilakukan adalah sama seperti kilang pengeluaran yang sebenar. Anda boleh lihat bahan yang digunakan dalam pembuatan makanan ringan kegemaran ramai itu.

Ini lebih menarik bila anda buat mee segera perasa kegemaran anda di Noodle Doodle. Pilih sahaja perasa yang anda suka dan boleh dibawa pulang.

Anda wajib ke Mamee Cafe untuk menikmati menu ‘signature‘ iaitu Mamee Chef Curry Laksa, Tom Yum dan Mamee Mee Goreng yang diperbuat daripada mee Mamee Chef. Banyak lagi menu lain yang disediakan. Cubalah!

Oh, jangan lupa singgah di kedai cenderahati Mamee Monster. Barangan eksklusif seperti mug, patung Mamee Monster, baju, dan produk makanan lain yang boleh dijadikan kenangan. Selepas itu, pergi ke Mamee Factory. Anda boleh lihat sendiri proses pembuatan Mamee Monster Snack secara langsung.

Sebelum melangkah keluar, ambil gambar bersama Mr Potato yang terkenal dengan topi besarnya. Amigos!

Maklumat lanjut, anda boleh layari Instagram Mameejonkerhouse atau website rasmi di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!