“Don’t Join the Crowd” – Desaru Coast Destinasi Serba Lengkap Percutian Pasca COVID-19
Share

- Desaru Coast memperkukuhkan kekuatan Desaru sebagai destinasi pelancongan tumpuan di Johor.
- Destinasi ini merupakan rumah bagi Adventure Waterpark Desaru Coast – salah satu taman air terbesar di dunia yang boleh menampung 12 ribu pengunjung.
- Bagi peminat sukan golf, terdapat dua padang bertaraf dunia di Pantai Desaru & pertama di Asia – Golf Academy by Ernie Els.
Agak lama sebenarnya tidak mendengar nama Desaru. Penulis sendiri tidak pernah bercuti di kawasan peranginan yang pernah terkenal suatu masa dahulu di Johor.
Memegang status Nation’s largest integrated and curated destination, kini Desaru Coast menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia.
Desaru Coast terkenal dengan tawaran pantai yang indah serta pemandangan cukup menarik disamping pengalaman inapan yang mewah.
Susulan kelonggaran sekatan perjalan dan sektor pelancongan domestik dibuka semula, Desaru Coast ingin menyampaikan pesanan ringkas tetapi cukup bermakna.

Istimewa buat semua pengunjung serta pelancong domestik, “Dont Join The Crowd” – bermaksud elakkan percutian yang sesak dan berisiko.
Kempen ini mempromosikan kenikmatan percutian di Desaru Coast dengan kawasan terbuka yang merangkumi 3,900 ekar di sepanjang 17 km kawasan pantai.
Percutian di Desaru Coast menerapkan norma baharu untuk keselamatan dan ketenangan fikiran buat tetamu bagi tiga rangkaian hotel dan resort. Don’t get stress, pick your rest!
Tiga hotel tersebut adalah Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Desaru Coast Resort & Villas.

Selain itu, Desaru Coast menempatkan salah satu taman tema air terbesar di dunia dan pusat persidangan bagi pasaran pelancong perniagaan serta percutian premium.
Pantai Desaru menawarkan short escape yang ideal untuk pelancong yang dahagakan percutian lebih nyaman, persekitaran eksklusif dengan harga berpatutan.
Bagi menambahkan keterujaan percutian semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Desaru Coast menawarkan pakej penjimatan sehingga 60 peratus.
Terdapat dua tawaran pakej kempen “Don’t Join The Crowd” – Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Cost. Tawaran promosi sah sehingga 23 Disember 2020, tempahan harus dibuat pada 31 Ogos 2020.


Embrace the sunny side of life
Pakej Sun-tastiic Getaway bermula dari RM689 dan seterusnya. Penginapan dua hari, satu malam, dua orang dewasa dan dua kanak-kanak termasuk aktiviti yang dipilih.
Merangkumi tiga hotel premium – Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara, termasuk kredit resort sehingga RM100 untuk digunakan di destinasi.
Unlimited tee-offs
Buat peminat golf, promosi Golf Galore Desaru Coast ditawarkan mengikut twin sharing basis dan bermula dari RM799 setiap orang untuk penginapan dua hari, satu malam.
Lubuk Golf, Adventure, Wellness & Edutainment
Pakej ini merangkumi penginapan hotel, golf tanpa had selama dua hari, akses tanpa had ke nine-hole Academy Course serta driving range.
Menariknya, Desaru Coast juga menyediakan wellness program, aktiviti sukan tidak bersentuhan serta program edutainment mengenai alam semula jadi.
Pengunjung akan dibawa lawatan ke kebun buah, rasai pengalaman memandu ATV dan meneroka kawasan paya bakau di Hutan Simpan Panti.
Siapa cakap percutian mewah tiada elemen adventure? Desaru Coast menawarkan segalanya! Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Jom ‘explore’ Taman Negara Endau Rompin dengan itinerari ini – baca di sini