Empangan Bengoh, Rasai Pengalaman Seakan Di Dunia "Jurassic" - Verst Backpackerz );

Type to search

Empangan Bengoh, Rasai Pengalaman Seakan Di Dunia “Jurassic”

Backpackerz Adventure Asia

Empangan Bengoh, Rasai Pengalaman Seakan Di Dunia “Jurassic”

Avatar
Share

Kepada mereka yang meminati kawasan hutan dan penggembaraan seaakan di dunia “Jurassic“, anda pasti kagum dengan suasana Empangan Bengoh.

Terletak di Padawan,Sarawak kawasan ini memberi anda sebuah pengalaman yang baru dan mencabar kerana suasananya seakan anda berada di kawasan hutan “Jurrasic“.

Perjalanan ke Empangan tersebut memakan masa selama 45 minit hingga sejam dari Kuching.

(Kredit: Iskandar Dolah)

Dikata sebagai permata negeri Sarawak, anda akan merasai pengalaman mendaki dan melintasi jambatan buluh yang amat mencabar dan anda pasti akan sedikit takut dan tergugat.

Empangan Bengoh juga dikenali dengan kawasan air terjun yang cantik dan menakjubkan. Anda akan melihat ini setelah berjaya melintasi sebanyak tiga jambatan buluh.

Terdapat empat jenis air terjun iaitu Curtain Falls, Koring Falls, Pe’an Falls dan Susung Falls. Dan yang paling menarik bagi pelancong ialah Susung Falls kerana ia memberi anda perasaan berada di dalam hutan Jurrasic.

(kredit: Youtube ilpeony)

Selain itu, setelah anda melihat keindahan air terjun tersebut anda akan disajikan lagi dengan keindahan Kampung Sting. Anda dapat melihat pemandangan seakan di Kalibiru, Jogjakarta. Mereka memanggil kampung tersebut dengan panggilan Kampung Awan dan anda pasti faham jika anda sudah menjejakkan kaki ke sana.

Jika anda mempunyai wang dan masa, kunjungilah khazanah di negara kita kerana anda pasti tidak akan menyesal dan lebih menghargai apa yang ada di negara kita.

Sumber: TripZilla, Twitter Cieutnizar

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!