ESCAPE Challenge 'Indoor' Bakal Dibuka Di Paradigm Mall Petaling Jaya Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Taman Tema

ESCAPE Challenge ‘Indoor’ Bakal Dibuka Di Paradigm Mall Petaling Jaya

Share
  • Taman tema ESCAPE Penang menerima kira-kira 112,000 pengunjung pada tahun 2017 dan kira-kira 185,000 pelawat pada tahun 2018.
  • Pembinaan ESCAPE Challenge Paradigm Mall telah bermula manakala pelancaran rasmi taman tema dalaman ini dijadual sebelum musim cuti sekolah akhir tahun 2019.
  • Setakat ini, tidak ada shopping mall lain di Lembah Klang yang menawarkan pusat rekreasi & konsep taman tema dalaman seperti ESCAPE Challenge Paradigm Mall.

ESCAPE Penang adalah destinasi menyeronokkan dengan aktiviti tunggangan yang mencabar serta permainan taman tema lasak yang menarik dalam persekitaran semula jadi. Mungkin selepas ini korang tak perlu pandu jauh-jauh ke Penang untuk merasai pengalaman sebegini.

ESCAPE theme park Penang

Pemaju dan pengendali taman tema yang berpangkalan di Pulau Pinang, Sim Leisure Group Ltd telah mengumumkan perjanjian dengan Jelas Puri Sdn Bhd untuk membina dan mengendalikan pusat rekreasi ‘indoor’ di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Woot woot!

Umum mengetahui, Paradigm Mall sebuah pusat membeli-belah pinggir bandar yang ikonik, bersebelahan salah satu lebuh raya paling sibuk di Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong. Pusat membeli-belah ini meliputi enam tingkat dengan 700 ribu kaki persegi ruang runcit dan menempatkan lebih daripada 300 kedai.

Artist impression of ESCAPE Challenge at Paradigm Mall

Pembinaan pusat rekreasi dalaman 35 ribu persegi ini bakal menyediakan shopping mall dengan pelbagai tawaran aktiviti untuk hari santai yang mengembirakan. Ia satu usaha untuk kekal relevan dan menarik tumpuan bagi semua pengunjung.

Pusat rekreasi dalaman ini dijangkan siap dan dilancarkan secara rasmi menjelang akhir November 2019, sebelum musim cuti sekolah akhir tahun.

ESCAPE Penang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga
ESCAPE Adventureplay

Kombinasi pusat membeli-belah dan pusat rekreasi dalaman ini bersesuaian dijadikan sebagai taman permainan buat seisi keluarga, kanak-kanak dan sahabat handai. Sama-sama kita nantikan kemunculan ESCAPE Challenge di Paradigm Mall. 


TRIVIAESCAPE telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor setiap tahun dari 2014 hingga 2019, Sijil Merit dan Pemenang dalam kategori Tarikan Pelancong Terbaik (Tarikan/Taman Tema Buatan) masing-masing di Anugerah Pelancongan Malaysia ke-19 untuk tahun 2014/2015 dan Anugerah Pelancongan Malaysia Ke-20 untuk tahun 2016/2017.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!