BBQ Ala Korea Area KL, Jom Makan Dan Lepak! );

Type to search

Asia Backpackerz Feast

BBQ Ala Korea Area KL, Jom!

Share
makan

Ramai dah lengkap dua dos vaksin. Dah boleh dine-in, lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.

Selain daripada memasak di rumah, apa kata sekali-sekali tukar selera cuba makanan BBQ.

Sambil tunggu makanan masak, boleh borak panjang bersama orang tersayang.

Di Malaysia pun banyak dah restoran BBQ halal ala-ala Korea.

BACA JUGA: Jom Ikuti “Healing Trip” di Pulau Jeju, Korea Selatan!

Supreme Barbeque Club

Dekat sini, korang nak apa, korang boleh pilih! Ada daging ada juga seafood yang segar-segar seperti sotong, udang dan salmon.

Selain itu, korang boleh pilih makanan Korea ala carte.

HAN Modern Korean Grill

Restoran sangat selesa, pelayan pun baik-baik, boleh tolong grillkan daging korang.

Menu pun hebat dan menyelerakan. Datang ramai-ramai nikmati side dish yang menarik.

SeoulNami Korean BBQ

SeoulName Korean BBQ menydiakan pelbagai jenis daging dan sayuran. Jangan risau asap BBQ tidak akan mengganggu keselesaan korang.

Daging BBQ yang segar, sos yang disediakan sangat sedap, tak lupa juga ada kimchi, barulah real macam Korea, kan?

Da On Fine Korean Cuisine

Terdapat banyak jenis daging yang sedap dan sudah marinate dengan pelbagai rempah ratus. Seafood pun ada tau!

Selain menyediakan BBQ, ada juga menu lain yang mungkin korang boleh cuba.

Restoran ini agak mahal tapi kelazatan dan layanan memang tiptop!

Sweetree Restaurant

Mungkin ramai yang tak tahu lagi, korang cuba Sweetree Restaurant yang terletak di Ampang ni.

Daging lembut, tak liat, ada juga ayam goreng Korea yang bersalut keju. Keadaan restoran juga selesa.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!