Hilton Salwa Beach Resort & Villas Tarikan Terbaru Qatar );

Type to search

Backpackerz Feast Stay In Taman Tema Urban

Hilton Salwa Beach Resort & Villas Tarikan Terbaru Qatar Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

Share

Arab Saudi memang terkenal dengan pelbagai tempat tarikan pelancong. Bruj Khalifa, Pulau Buatan Palm Tree, Muzium Nasional Qatar dan Suoq Waqif iaitu tempat membeli-belah terkenal menjual barangan rumah seperti karpet, kain, pakaian, kraftangan, cenderamata dan juga rempah ratus.

Sehingga kini, Arab Saudi tidak akan berhenti untuk menarik perhatian dunia. Terkini, di sempadan Qatar dan Arab Saudi, muncul hotel mewah yang bakal menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsikan Cara Buat Bawang Goreng Rangup & Wangi Ikut Petua Mak

Hilton Salwa Beach Resort & Villas lengkap dengan teman tema di tepi pantai.

Hotel mewah ini akan menjadi salah satu pusat peranginan terbesar di Timur Tengah dengan pelbagai kemudahan mewah.

Pengurus besar resort, Etienne-Charles Gailliez berkata, Hilton Salwa Beach Resort & Villas akan dibuka pada Februari akan datang dan pasti menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong luar negara.

Hilton Salwa Beach Resort & Villas mempunyai 84 buah vila, antara dua hingga empat bilik tidur. Setiap vila mempunyai kolam renang peribadi dan boleh terus akses ke pantai pasir putih. Harga yang ditawarkan dari US$1,500 untuk satu malam.

Selain daripada itu, hotel ini juga menyediakan 31 buah bilik bertemakan perkampungan Arab, 246 bilik utama dan suite.

[SUMBER: CNN]

Pengunjung juga boleh memilih pelbagai restoran kerana pihak hotel menyediakan lebih 20 kedai makan termasuk tujuh temoat makan gourment, spa mewah VIP, gelanggang sukan, kolam renang dalam taman, kemudahan korporat dan marina.

Tarikan utama hotel ini adalah, taman tema air terbesar di Qatar yang mempunyai pelbagai permaianan air seperti gelongsor King Cobra yang mendebarkan.

Terdapat juga kolam kanak-kanak yang mempunyai hampir 30 jenis gelongsor.

Hotel ini dibina di atas pasir seluas 320 hektar kira-kira 100 kilometer barat daya Doha.

Jelas Gailliez , hotel ini juga akan buka secara berperingkat dengan kemudahan canggih seperti pusat menyelam dan akademi sukan yang akan dibuka selepas beberapa bulan pembukaan hotel tersebut.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!