Kenali 3 Jenis 'Kepala Air' Untuk Elak Kemalangan Berlaku );

Type to search

Backpackerz Feast Hiking & Outdoor

‘Camping’ Di Kawasan Air Terjun, Kenali 3 Jenis ‘Kepala Air’ Untuk Elak Kemalangan Berlaku

Share
kepala air

Apa aktiviti korang cuti umum lepas? Balik kampung? Pergi bercuti? Berkelah tepi sungai atau pantai?

Rasanya masih ramai yang melakukan aktiviti menikmati keindahan semula jadi seperti mandi-manda di sungai dan kawasan air terjun.

Memang seronok berkelah, berkhemah dan ‘camping‘ di kawasan air terjun. Air deras turun dari atas dan air sungai yang sejuk teramatlah nikmat!

BACA JUGA: Hati-Hati! Ini Senarai Tempat Bahaya, Sering Berlaku Mati Lemas

Tapi korang harus beringat, kejadian sebegini sering berlaku dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku, jom kenali 3 jenis ‘kepala air’ supaya mengelakkan risiko kemalangan dan dan meragut nyawa.

Kepala Air Yang Dijangka

Jangan pergi berkhemah kawasan air terjun atau sungai selepas waktu hujan lebat. Selepas hujan lebat, arus sungai menjadi deras daripada biasa.

Kalau boleh, elakkan berkhemah atau ‘camping‘ di kawasan sungai.

Kepala Air Yang Ada Tanda-Tanda

Kadang-kadang bukan sebab cuaca yang tidak elok je, ada kalanya cuaca baik, cerah dan tiada tanda akan hujan tapi korang masih boleh ‘agak’ ‘kepala air’ akan berlaku.

Tanda-tanda:

  • Kedatangan buih putih mengalir dalam sungai
  • Selepas buih putih, daun pokok yang banyak
  • Kedatangan ranting kayu
  • Kemudian, air sungai menjadi keruh
  • Akhirnya, ‘kepala air’ akan datang dengan deras bersama dahan pokok mati dan sampah yang banyak
[SUMBER: ASTRO AWANI]

Contoh ‘kepala air’

Kepala Air Yang Tidak Dijangka

Biasanya ia tidak dijangka berlaku apabila kejadian tanah runtuh yang menutup laluan air sungai hingga terjadi empangan sementara.

Empangan sementara akan menampung air sungai, apabila empangan pecah kejadian tersebut’ akan turun dengan laju secara tiba-tiba.

Harap artikel ini dapat membantu korang yang ada rancangan untuk berkhemah atau ‘camping‘ di kawasan sungai dan air terjun.

Sebelum pergi ke sungai, pastikan keadaan baik demi keselamatan diri dan keluarga.

Selamat bergembira dan berhati-hati.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!