5 Lokasi Air Terjun Menarik Di Malaysia Patut Masuk Dalam ‘Bucket List’ Korang );

Type to search

Adventure Backpackerz Kampung

5 Air Terjun Menarik Di Malaysia Patut Masuk Dalam ‘Bucket List’ Korang

Share
air terjun

Ramai antara kita yang suka beriadah dengan alam semula jadi, contohnya lepak dan mandi-manda di air terjun.

Berkelah sambil menikmati keindahan alam sangat seronok dan dapat melepaskan beban yang ada dalam diri.

Korang tengah cari port baik mandi-manda untuk senaraikan dalam bucket list?

Jom BackPackerz kongsikan dengan korang lima port menarik. Empat daripadanya dekat Semenanjung sahaja.

air terjun
Gambar: Google/Libur

Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor

Terletak di Selangor yang juga merupakan tarikan hujung minggu yang paling popular. Keindahan dan kecantikannya yang tidak dapat digambarkan akan memberikan korang pengalaman manis semasa datang ke sini.

Jika korang bercadang nak ke sini, diingatkan bahawa korang perlu merentasi sungai sebanyak lima kali sebelum tiba ke kawasan Sungai Chiling. 

Lokasi ini tidak sesuai bagi mereka yang membawa anak kecil dan bayi kerana akan menyukarkan korang untuk merentasi sungai dan sebagainya.

Korang bukan sahaja boleh berkelah dan bermandi-manda, malah korang juga berpeluang untuk memberi ikan makan di santuari ikan.

air terjun
Gambar: Google/Raja Cuti

Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng Perak

Bagi mereka yang suka akan aktiviti lasak, korang bolehlah datang ke sini kerana terdapat beberapa tarikan sungai yang senang untuk pergi.

Terdapat kawasan tinggi yang memerlukan korang mendaki dan untuk merentasi sungai untuk sampai ke kawasan mandi tumpuan.

 Kalau korang teringin nak meneroka kawasan ini, boleh lah cuba! Bagi yang meminati aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling jangan lepaskan peluang. 

air terjun
Gambar: Google/Orang Perak

Air Terjun Lata Kinjang, Tapah Perak

Port ini merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 850 meter.

Salah sebab popular kerana tarikan ini boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan.

Panggilan untuk lokasi ini diambil sempena nama haiwan kijang kerana pada masa dahulu terdapat banyak kijang di kawasan itu.


BACA JUGA: Risiko Mandi Air Terjun! Ketahui 2 Ancaman Bahaya Sebelum Ke Kawasan Mandian


air terjun
Gambar: Google/ Miri City Sharing

Air Terjun Giam Klimau, Miri Sarawak

Giam merupakan perkataan daripada bahasa Bidayuh yang bermaksud air terjun. Lokasi ini terletak tidak jauh dari Gua Niah dan korang perlu melalui beberapa pos keselamatan kerana ianya merupakan kawasan persendirian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, korang akan nampak betapa cantiknya keindahan hamparan air jatuh ke batu.

air terjun
Gambar: Google/Selangor Travel

Sungai Kanching, Rawang Selangor

Jika korang inginkan kesejukan bermain di air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, datang lah ke air terjun Kanching berhampiran dengan Rawang ini. 

Ia mengambil masa dalam 30 minit dari KL. Lokasi ini sangat popular pada hujung minggu untuk mereka yang ingin melepaskan stress sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Korang boleh pergi ke sini dengan menaik pengangkutan awam iaitu bas yang akan terus membawa korang ke lokasi ini. Menariknya di sini, terdapat 7 anak sungai yang korang boleh singgah.

Jangan lupa akan keselamatan korang semasa seronok bermandi-manda. Selamat bercuti pada hujung minggu nanti! 

[Sumber: xtra]
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!