Passport Ramadhan Desaru Coast Tawar Makanan Lima Bintang

Type to search

Backpackerz Feast Makan-Makan

Passport Sajian Ramadan Desaru Coast – Tawar Makanan Bertaraf Lima Bintang

Share
Coast

Berlatar belakangkan hotel-hotel, resort dan tarikan yang terkenal di seluruh dunia, Desaru Coast telah merancang pelbagai sajian makanan pada bulan Ramadan yang bertaraf lima bintang.

Tawaran hebat ini bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021 dan bertempat di empat destinasi iaitu Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, dan The Els Club Desaru Coast.

Setiap hotel bakal menghidangkan pelbagai pelbagai jenis bufet, set menu dan tawaran a la carte, kepada tetamu dan pelawat secara ekslusif, Hidangan disediakan oleh tukang masak yang terlatih dan berpengalaman serta merupakan di antara yang terbaik di Malaysia.

Tambahan itu, setiap restoran telah mencapai tahap yang tertinggi dalam menyajikan masakan tradisional Malaysia, dengan hanya menggunakan bahan masakan yang berkualiti dan terpilih sahaja.

Seratus pengunjung bakal berpeluang menikmati hidangan bufet di seluruh Desaru Coast dengan membeli Pasport Sajian Ramadan yang berharga RM150, promosi buat julang kalinya ini akan dilancarkan secara ekslusif di www.desarucoast.com.

Menurut Hoe Teck Wei, yang merupakan Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd, “Pada asasnya, Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast membolehkan anda menikmati hidangan Ramadan kami bukan satu, bukan dua, tetapi di tiga restoran terkemuka kami.

Tetamu kami boleh kembali beberapa kali sepanjang bulan Ramadan untuk menikmati menu serta suasana yang berbeza, dan tawaran ini merupakan sesuatu yang sesuai untuk seisi keluarga dan golongan korporat”.

Berikut merupakan terma dan syarat yang tertakluk di setiap destinasi hotel dan restoran yang terlibat:

 

Anantara Desaru Coast Resort & VillasTurmeric

Coast

Tempahan yang dibuat sebelum 16 April membolehkan anda menambah dua tetamu tambahan untuk menjamu selera secara percuma bagi setiap 10 orang dewasa yang membayar manakala tetamu yang membeli promosi “Early Bird” berpeluang memenangi penginapan 3H2M termasuk sarapan untuk dua orang, atau sesi Anantara Spa percuma untuk dua orang.

  • 13 April hingga 12 Mei 2021
  • Harga: RM128 (Dewasa) RM64 (Kanak-kanak)
  • Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
  • Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-828 0888 atau e-mel kepada [email protected]

 

Westin Desaru Coast Resort Seasonal Tastes

Seasonal Tastes menghidangkan tetamu dengan Selera Citarasa Johor yang terdiri daripada pelbagai hidangan tempatan Johor. Selain itu terdapat hidangan sampingan yang akan melengkapkan sajian tradisional anda seperti Ulam-Ulaman Desa, Sambal-Sambal Tumbuk, Warisan Rempah dan Kari Chef Parthiban.

  • 19 April hingga 16 Mei 2021
  • Harga: RM128 seorang
  • Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
  • Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-838 3333 atau e-mel kepada [email protected]

 

Hard Rock Hotel Desaru Coast Sessions

Sajian Makan Malam Malaysia ini menampilkan hidangan tempatan seperti Asam Pedas Betis Kambing, Pajeri Nenas Udang Masak Ros dan Kambing Golek. Tempah awal dan nikmati promosi “Early Bird” untuk lebih penjimatan!

  • 13 April hingga 12 Mei 2021
  • Harga: RM98 bersih (dewasa), RM49 bersih (kanak-kanak)

Turut menghidangkan makan malam bufet yang bertemakan Rocking Raya pada 13 dan 14 Mei dengan harga RM108 bersih untuk setiap orang dewasa dan RM54 bersih setiap kanak-kanak.

  • Waktu operasi: 6.30 petang – 10.30 malam
  • Untuk tempahan atau pertanyaan, emel [email protected] atau whatsapp 011-1111 0899.

 

The Els Club Desaru Coast, Ocean Course Els Ballroom

The Els menampilkan menu yang menggabungkan dome set, gerai dan pelbagai hidangan bufet untuk dipilih oleh tetamu. Sajian nostalgia termasuk Kambing Panggang, Daging Kalio, Sotong Masak Hitam dan Ikan Masak Minang. Lebih menarik, tempahan awal bakal diberi diskaun!

  • 16 April hingga 9 Mei 2021
  • Harga: RM80 (dewasa) RM4 0(kanak-kanak). Early Bird Specials untuk tempahan sebelum 14 April: RM65 (dewasa)
  • Waktu operasi: 6.30 petang – 9.30 malam.
  • Untuk tempahan atau pertanyaan, emel [email protected] atau hubungi 016 774 4038.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh berkunjung ke laman sesawang Desaru Coast.

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!