‘Date Plantation of Preecha’ - Tarikan Ladang Kurma Unik Di Thailand );

Type to search

Backpackerz Feast Makan-Makan

‘Date Plantation of Preecha’ – Tarikan Ladang Kurma Unik Di Thailand

Share
ladang

Buah kurma sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya di bulan Ramadan kerana sering dijadikan makanan pembuka juadah semasa berbuka.

Jika di Malaysia, kebanyakan buah kurma boleh dibeli di pasar raya kerana sudah mula dikomersialkan di iklan-iklan tv dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya di Thailand. Di sana, terdapat sebuah ladang kurma yang dijadikan sebagai tarikan pelancong kerana memiliki tanaman kurma yang unik.

ladang

Kebiasaannya, buah kurma yang dijual adalah berwarna hitam ataupun coklat kehitaman. Namun di ‘Date Plantation of Preecha’, ianya sedikit berbeza kerana kuning, merah dan oren-coklat adalah warna kurma yang terhasil di sini.

Pemilik ladang berkenaan, Preecha berkata beliau telah menanam pokok kurma di kawasan seluas 50 hektar ini sejak tujuh tahun yang lalu.

ladang

Difahamkan, beliau pada awalnya tidak merancang untuk menjadikan ladangnya sebagai tempat lawatan, namun keputusan itu dibuat setelah ianya tular di media sosial.

“Setelah pokok kelapa sawit mula berbuah, kakitangan saya menyiarkan gambar di Facebook dan kami menerima banyak permintaan daripada pelanggan untuk berkunjung ke ladang kami. 

“Mereka ingin melihat buah kurma yang segar, jadi saya memutuskan untuk membuka ladang saya untuk lawatan sejak tahun lalu,” katanya.

ladang

Menariknya di sini, pengunjung boleh mengambil gambar dari dekat kerana buah kurma di sini berkedudukan rendah dan mudah untuk dicapai.

Para pengunjung juga boleh mencuba pelbagai jenis kurma sebelum membeli.

Dapat rasa dulu sebelum beli baru la puas kan? Dan yang paling penting tak membazir!

ladang

Selain buah-buahan segar, kebun ini menawarkan pelbagai minuman panas dan sejuk yang dicampur dengan kurma di kedai kopinya.

Mereka menghidangkan kopi dan teh yang diseduh dengan kurma, smoothie kurma dan minuman kurma sejuk.

ladang

Sesekali berkunjung ke ladang kurma pun syok juga kan? Maklumlah, dah terbiasa beli di pasaraya..teringin juga nak tahu rupa bentuk pokok kurma yang sebenar.

Tamat tempoh PKP nanti, jom rasai sendiri kelainan dan keunikan buah kurma di ‘Date Plantation of Preecha’!

 

Sumber: bangkokpost

 

Baca: Peminat Kopi? Mungkin Boleh Singgah Kafe ‘Rare’ Di Penang Ini
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!