Rasai Pengalaman Tidur Luar Bilik Di 5 Resort Mewah Ini );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Stay In Urban

Rasai Pengalaman Tidur Luar Bilik Di 5 Resort Mewah Ini

Share

Suka check-in hotel dan bercuti tapi bosan dengan persekitaran yang sama.

Buat aktiviti sama, tidur dalam bilik yang sangat selesa, sejuk aircond sampai ke pagi, menonton TV, berenang di kolam awam dan hanya berehat dalam bilik.

BACA JUGA: Kucing Menggigil Tanda Kesejukan? 3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Tindak Balas Si Meow Pada Suhu Rendah

Pernah tak korang tidur atas katil tapi di luar bilik? Jom kita cuba tidur di luar bilik pula. Menikmati malam yang indah, sejuk dan mendamaikan. Melihat bintang jauh di angkasa dan terasa kedinginan semula jadi.

Wilderness Safaris Jao Camp, Botswana

Katil di bawah bintang terletak di atas platform setinggi 258 kaki persegi. Persekitaran bersih, mempunyai kerusi rehat, setiap platform disediakan buku-buku, chef dan butler.

andBeyond Ngala Safari Lodge, Afrika Selatan

Wah tidur atas pokok! Taman Negara Kruger menyediakan ‘rumah pokok’ empat tingkat untuk lebih dekat dengan haiwan ‘Big Five’ yang berkeliaran di sekitar hutan.

[SUMBER: CNN]

Rumah pokok yang disediakan ini bukan biasa-biasa tau. Ia mempunyai kemudahan yang luar biasa seperti bekalan kuasa solar dan air bersih.

Terdapat beberapa pilihan penginapan luar bilik tidur temasuk platform tidur di bawah awning terletak di tingkat paling atas rumah, di tingkat tiga pula mempunyai katil bersaiz king.

La Valise Tulum, Mexico

Tak tahu nak tidur dalam bilik atau di luar bilik? Korang boleh menempah bilik di La Valise Tulum.

Katil bersaiz king boleh digerakkan ke balkoni untuk melihat bintang dan digerakkan ke dalam bilik semula.

Selain itu, di resort ini korang boleh buat aktiviti snorkeling dan melihat matahari terbenam di atas kapal layar mewah.

Amangiri, Canyon Point, Utah

Resort berkonsepkan minimalis terletak di Gurun Utah sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan privasi tetapi lebih terbuka.

Bilik Girijala Suite Amangiri, sangat selesa, disediakan kolam peribadi dan sky lounge area yang menjanjikan keindahan langit luas kepada tetamu.

Apa-apa pun,jangan risau ye. Dalam bilik masih ada katil bersaiz king dan tab mandi untuk memanaskan badan.

Four Seasons Resort & Residences Anguilla, Anguilla

Dapat berehat di tepi pantai memang terasa kelainan ‘vibe‘ bercuti tu. Pantai yang berpasir putih, lembut, dan angin laut sangat menenangkan.

Salah satu tarikah di Four Seasons Resort & Residences Anguilla, adalah katil Al Fresco yang elegen dan selesa di resort ini menjadi rebutan.

Villa sebesar 3,000 kaki persegi mempunyai ruangan luar termasuk kolam peribadi dan katil.

Selain itu, perkhidmatan rawatan spa, mempunyai chef peribadi untuk menyediakan makanan dan pembantu kediaman.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!