Fenomena 'Hujan Salji' di Puncak Kinabalu, Adakah Kejadian Benar Atau Rekaan? Ikuti Perkongsian Menarik Ini - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Fenomena ‘Hujan Salji’ di Puncak Kinabalu, Adakah Kejadian Benar Atau Rekaan? Ikuti Perkongsian Menarik Ini

Avatar
Share
  • Gunung Kinabalu asalnya dikenali sebagai Aki Nabalu oleh kaum Kadazan-Dusun.
  • Puncak gunung tertinggi di Malaysia ini terletak di Taman Kinabalu, Kundasang, 90 kilometer dari Kota Kinabalu.
  • Kinabalu merupakan gunung ke-20 tertinggi di dunia dengan kedudukan topografi (keadaan rupa bumi sesuatu kawasan).

Gah di persada dunia seperti puncaknya, Gunung Kinabalu menempatkan salah satu taman negara yang pertama (1964) di Malaysia. 

Pada Disember 2000, Taman Kinabalu mendapat pengiktirafan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai Tapak Warisan Dunia terawal negara.

Sesuatu lokasi itu untuk dicalonkan sebagai World Heritage Site bukan perkara mudah. 

Sabah
Puncak Gunung Kinabalu/FOTO -Siti Aminah Borhan

Pengiktirafan yang diberikan kepada lokasi atau destinasi dalam sesebuah negara perlu memenuhi 1001 syarat berdasarkan garis panduan oleh UNESCO.

Taman Kinabalu menjadi akses (pintu) masuk kepada Gunung Kinabalu yang menempatkan 6000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung dan lebih 100 mamalia.

Filem Tangisan Akinabalu

Bukat setakat pengiktirafan dunia, malah Gunung Kinabalu pernah diangkat menjadi filem yang bertajuk Tangisan Akinabalu.

Filem tersebut mengisahkan real story tragedi gempa bumi di Ranau yang berlaku pada 5 Jun 2015 berukuran 5.9 pada skala richter.

Insiden itu telah meragut 18 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung Kinabalu. 

Pengarah Filem Datuk Jurey Latiff Rosli
Low peak summit/PHOTO - MountKinabalu.dot com

Namun, penulis bukan sengaja ingin menyentuh mengenai status Taman Kinabalu mahupun gempa bumi di Ranau.

Penulis terbaca perkongsian saudara Airiel Hadif di Facebook mengenai kejadian alam yang mengejutkan ramai orang.

Gunung Kinabalu dikatakan pernah berlaku kejadian hujan salji? Pada pengamatan penulis, ini satu kisah yang menarik untuk dikupas.

Bah Mari Lah

Mungkin dengan garapan penulisan serta perkongsian, secara tidak langsung dapat mempromosikan Taman Kinabalu yang kaya dengan khazanah alam semula jadi.

Memetik sumber yang dikongsikan di portal Vacazzee, Gunung Kinabalu pernah terjadi fenomena salji pada tahun 1993, 27 tahun yang lalu.

Benar, waktu itu kita masih di era-90 dan dunia digital masih tidak wujud lagi. Penulis sendiri baru berusia 3 tahun ketika itu.

Salji Gunung Kinabalu
Seorang pendaki bergambar di puncak Kinabalu/FOTO - Vacazzee

Bahkan penduduk tempatan juga mungkin telah melupakan tentang kejadian salji yang dikatakan menyelubungi Gunung Kinabalu.

Jika keajaiban ini benar berlaku di Gunung Kinabalu, sejarah sebegini perlu disegarkan kembali buat tatapan generasi masa kini.

Bayangkan pada ketika itu, kita sedang mendaki ke puncak Kinabalu dan taburan salji secara halus membasahi permukaan.

Ah alangkahnya indah dan cukup bermakna. Ia pasti mengujakan semua pelancong malah abang porter sekali.

Soalnya, benar atau tidak kesahihan tentang salji yang turun di Gunung Kinabalu?

Seorang renjer Taman-Taman Sabah, Palimin Jasli, 47 tahun, pernah mendapat liputan di akhbar New Sabah Times sekitar Jun 1993.

Kejadian yang dikongsikan beliau telah mengejutkan ramai pihak termasuk penduduk asal sekitar Ranau dan Kundasang.


“Cuaca sejuk dengan suhu mencecah negatif 1 dan 2 darjah Celcius di puncak Kinabalu menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais” – Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan


Gunung Kinabalu
Salji melitupi sebahagian permukaan puncak gunung/FOTO - Vacazzee
Gunung Kinabalu
Palimin, individu yang bertuah di Puncak Kinabalu/FOTO - Vacazzee

Palimin menceritakan pengalamannya semula di dalam akhbar sewaktu beliau mendaki gunung bersama 10 kakitangan KOKTAS pada 15 Jun 1993.

Menurut sumber, cuaca semasa pendakian Palimin dan rakan-rakannya ketika itu sangat sejuk berbanding hari sebelumnya.

Geng pendaki terpaksa menundakan pendakian ke puncak sehingga hujan reda di Laban Rata. Kemudian perjalanan diteruskan pada jam lima pagi dan permukaan laluan ke puncak sangat licin.

Salji di Puncak Kinabalu

Setibanya di puncak, kebanyakan pendaki terkejut kerana melihat bahagian puncak itu telah diselaputi salji. Fenomena ini amatlah luar biasa sekali!

Palimin antara saksi kejadian dan beliau berusia 24 tahun ketika itu. Dikatakan bentuk salji di atas puncak Kinabalu seperti berserbuk dan bukan beku macam ais.

Jelasnya lagi, jika pembentukan ais adalah perkara biasa terjadi di gunung kerana ais akan bertakung dalam takungan lopak (kawah).

Salji tersebut muncul selepas turunnya hujan pada waktu gelap (subuh). Berkemungkinan suhu ketika itu sangat sejuk dan mengatasi paras negatif di puncak gunung.

*KOKTAS – Koperasi Serbaguna Kakitangan Taman Sabah Berhad

Gunung Kinabalu
Kabus & salji ketika pendakian/FOTO - Vacazzee

Sebelum penulis menamatkan bacaan pada posting saudara Airiel Hadif, terdapat satu komen yang mencuri tumpuan.

Seorang otai dengan nama Facebook Pendaki Solo memuat naik satu gambar beliau bersama rakan-rakan dengan bendera Malaysia berlatarbelakang puncak Kinabalu.

Itu Bukan Kejadian Pertama – Pendaki Solo

Menariknya, dalam gambar itu kelihatan hujan salji membasahi pendaki serta puncak.

Ujarnya, walaupun sudah lebih 50 kali mendaki Gunung Kinabalu, kejadian pada 10 Ogos 2007 mencatatkan memori bersejarah buat dirinya.

Anda boleh layan pengalaman otai ini pada YouTube Pendaki Solo.


Hujan Salji
Hujan salji di Puncak Kinabalu pada 10 Ogos 2007/FOTO - Pendaki Solo

Jadi, sebagai penutup bicara, keajaiban fenomena hujan salji di puncak Kinabalu benar-benar berlaku dan unik.

Selepas hampir tiga bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai akibat PKP, ini lah masa terbaik untuk anda ‘balas dendam’. Bah Mari Lah!

Kundasang, Sabah
Kundasang, aku rindu pada mu
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!