Feri Kuala Perlis - Langkawi Beroperasi Semula Sabtu Ini );

Type to search

Backpackerz Berita

Feri Kuala Perlis – Langkawi Beroperasi Semula Sabtu Ini

Share
Feri Langkawi

Perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi yang dihentikan seketika akibat penguatkuasaan PKP sebelum ini akan beroperasi semula sabtu ini.

Bagaimanapun, setakat ini hanya satu perjalanan pergi dan balik dijadualkan beroperasi setiap hari.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kepten Baharin Baharom berkata waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi, manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah 2 petang.

Menurutnya, pembukaan semula operasi itu adalah untuk memenuhi permintaan semasa daripada mereka yang ingin ke Langkawi.

“Bagi terminal penumpang Kuala Kedah pula, kita akan menambah satu lagi perjalanan ke Langkawi yang menjadikan sebanyak dua perjalanan disediakan setiap hari. Masa perjalanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Feri Langkawi

Beliau juga berkata pihaknya turut berharap agar larangan rentas negeri akan dibenarkan semula supaya lebih banyak perjalanan dapat dilakukan.

“Sebelum ini, sebanyak 10 perjalanan feri sehari disediakan dari Kuala Perlis manakala lapan perjalanan dari Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Penambahan perjalanan feri ini diharap dapat membantu industiri pelancongan serta membuka kembali peluang pekerjaan di pulau itu,” katanya.

Baharin turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan apabila menaiki feri.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!