Perkhidmatan Feri Penang Dikhabarkan Bakal Henti Operasi 31 Disember Ini - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu

Perkhidmatan Feri Penang Dikhabarkan Bakal Henti Operasi 31 Disember Ini

Avatar
Share
Feri
  • Kira-kira 1.5 juta penumpang guna perkhidmatan feri dalam tempoh setahun.
  • Perkhidmatan pengangkutan awam laut ini merupakan feri penumpang tertua yang masih beroperasi sejak 1894.
  • Ia pengangkutan pilihan untuk berulang-alik ke bahagian pulau dengan kenderaan dari Butterworth.

Sejak kebelakangan ini timbul desas desus berkaitan dakwaan mengatakan perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal ditamatkan operasi dan digantikan dengan teksi air atau dikenali sebagai Catamaran Boat.

Dakwaan tersebut hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam selepas tular pengangkutan awam laut yang ikonik itu didakwa akan ditamatkan operasi pada Disember ini sebelum digantikan dengan bot baharu.

Feri

Feri Pulau Pinang, pengangkutan awam laut tertua di Malaysia

Sebagai perbandingan untuk lebih faham, feri penumpang di Penang mampu memuatkan kenderaan ringan seperti motosikal, kereta dan van.

Manakala, teksi air atau bot katamaran yang dicadangkan hanya boleh menampung penumpang pejalan kaki sahaja.

Menurut Pengerusi Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang, Hazizi Padzil, berkata, biarpun terdapat jenis bot katamaran besar yang mempunyai ruang untuk kenderaan, harganya lebih mahal berbanding saiz bot biasa yang digunakan untuk membawa pelancong.

Rata-rata pengguna feri adalah orang awam, penunggang motosikal serta pemandu kereta khususnya pada waktu kemuncak, ketika musim hujan mahupun berulang-alik ke tempat kerja sekitar Seberang Perai atau Georgetown.

Perkhidmatan ikonik ini telah berbakti kepada penduduk Pulau Mutiara ini sejak 1894; merupakan feri penumpang pertama serta tertua yang masih beroperasi di Malaysia.

Feri
Feri Pulau Pinang, pengangkutan awam laut tertua di Malaysia

Penulis sendiri mengimbau kenangan sewaktu masih kecil berpeluang menaiki feri ini yang berperanan menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau negeri ini. Cukup nostalgia!

Khabar angin yang tular di media sosial mengenai dakwaan penamatan operasi pengangkutan awam laut ini turut mendapat perhatian Ketua Menteri Pulau Pinang,  Chow Kon Yeow.

Ramai pengguna yang sempat merasa naik feri tersebut berharap dakwaan itu sekadar ‘fake news’ sambil meminta agar Kerajaan Persekutuan mempertimbang semula cadangan bagi menggantikan perkhidmatan ikonik Penang itu dengan bot katamaran.

Bak kata pepatah ‘omputih’, Old is Gold. Tiada yang lama, tiadalah yang baharu. Feri penumpang telah menjadi identiti Penang sejak berkurun lama.

Mungkin jika benar tiada lagi perkhidmatan ini pada masa akan datang, maka hilanglah seri suasana Penang yang menyimpan 1001 kenangan terindah buat pengunjung ke Pulau Mutiara ini.

Feri
Georgetown, Penang

“Sekiranya digantikan dengan penggunaan bot baharu, wajarlah ia dikekalkan sebagai tarikan dan kesinambungan sejarahnya yang tersendiri” – Hayati Abdul Tahir, 36, pelancong dari Kuala Lumpur.

Semakan penulis dari laporan Kosmo, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) akan menjelaskan isu ini pada sidang akhbar yang dijangka dibuat pihaknya esok. Sama-sama kita nantikan.

Penulis sarankan bagi anda yang berkesempatan pada hujung minggu ini ambik peluang kebenaran merentas negeri untuk membawa keluarga merasai pengalaman menaiki feri penumpang Pulau Pinang bagi menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik.

Terus patuhi SOP yang ditetapkan, kita tegur kita menang. #KitaJagaKita

Sekiranya anda terlepas, 10 perkara perlu tahu mengenai gelembung perjalanan domestik sebelum rancang percutian – baca di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!