Festival Filem Sweden Mahu Bawa Anda Tonton Filem Di Sebuah Pulau Seorang Diri - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Festival Filem Sweden Mahu Bawa Anda Tonton Filem Di Sebuah Pulau Seorang Diri

Avatar
Share
Festival Filem Göteborg The Isolated Cinema

Duduk di sebuah pulau terpencil bersendirian selama seminggu sambil menonton filem tanpa gangguan gajet atau orang lain, sounds like a plan?

Sebuah Festival Filem Sweden, Göteborg Film Festival menawarkan peluang untuk memenangi pengalaman unik ini kepada seorang pemenang bertuah

Festival filem berkenaan akan diadakan secara maya untuk orang awam, namun seorang pemenang bertuah boleh menikmati festival itu di pulau Pater Noster, satu pengalaman yang dipanggil ‘The Isolated Cinema’ oleh pihak penganjur.

Pemenang yang dipilih akan dibawa ke pulau tersebut oleh sebuah bot dan kesemua keperluan untuk menginap, termasuk makanan dan minuman, akan disediakan oleh pihak penganjur.

Tetapi, ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh individu yang terpilih iaitu tidak boleh membawa barang yang boleh ‘mengganggu’ -seperti telefon bimbit, komputer riba atau buku sekalipun. Hanya filem menjadi peneman di pulau tersebut.

Pemenang bagaimanapun dibenarkan membawa kamera untuk tujuan dokumentasi tentang pengalaman mereka. Dan sebagai langkah keselamatan, seorang individu lain akan turut berada di pulau tersebut tetapi mereka mungkin tidak akan berkomunikasi langsung sepanjang berada di situ.

Pengarah Artistik Festival Filem Göteborg, Jonas Holmberg berkata kepada CNN Travel bahawa idea untuk The Isolated Cinema tercetus selepas melihat bagaimana orang ramai menjadikan filem sebagai peneman ketika musim pandemik ini.

“Sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancang, mereka tidak akan bertemu langsung selama tujuh hari.

“Menginap di pulau ini adalah sangat selamat. Individu terpilih akan mendapat tempat tidur yang selesa dan makanan yang enak. Ini bukanlah berkaitan survival,” kata Holmberg.

Permohonan dibuka sekarang hingga 17 Januari 2021, dan pemenang akan menetap di pulau tersebut dari 30 Januari sehingga 6 Februari 202. Mereka yang berminat boleh lawati laman web festival filem tersebut https://goteborgfilmfestival.se/en/the-isolated-cinema/.

Selain daripada pulau Pater Noster, terdapat dua lagi lokasi lain bagi The Isolated Cinema untuk pengalaman menonton filem secara bersendirian yang peminat filem berpeluang untuk menang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!