);

Type to search

Backpackerz Feast Kampung Makan-Makan Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

First time datang ke Kelantan? Singgah 5 Tempat Makan Best di Kota Bharu

Share

Malaysia cukup terkenal dengan lokasi makanan tempatan yang menyelerakan dan menjadi pilihan semua peringkat umur tidak kira pelancong luar mahupun pengunjung domestik.

Tidak hairan menjelang hujung minggu, tempat-tempat makan yang popular padat dengan pengunjung luar yang ingin menikmati keenakan makanan yang disediakan.

Negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka sering menjadi destinasi tumpuan untuk memburu makanan bermula sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Menu pagi di Kopitiam Kita, Kota Bharu

Ramai orang kalau melancong ke mana-mana lokasi dalam Malaysia, pasti akan buka Google untuk cari tempat makan sedap di lokasi yang dikunjungi.  

Sesetengah hidangan selera Kelantan memang unik pada rasa dan suasana makan yang memikat hati. dari pagi sampai ke malam ada sahaja makanan boleh dinikmati. Penulis cukup suka nasi kerabu kambing di Kota Bharu.

Jadi untuk anda yang merancang percutian hujung minggu ke Kelantan, kami kongsikan antara tempat makan ‘sedap blako’ yang mesti anda singgah.

Nampak macam warung biasa - Nasi Kerabu Panji

1. Kopitiam Kita

Siapa terfikir bahawa telur separuh masak dan jem kaya disapu pada roti toast Perancis hidangan pelik? Tetapi kombinasi itu anda boleh cuba di Kopitiam Kita. Semestinya ramai ‘oghe Kelate’ dan biasa sarapan pagi atau break lunch di sini.

Kopitiam Kita terkenal dengan sajian pagi seperti roti titab, nasi lemak, nasi air dingin, nasi tumpang dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan.

Suasana pagi di Kopitiam Kita ini cukup majmuk dan berbilang bangsa seolah sebuah keluarga besar yang harmoni. Roti Titab merupakan menu istimewa cetusan pemilik kopitiam iaitu N.H.Wong.

Alamat: 4357-A Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu

Roti Titab
Kopitiam Kita
Menu lain di Kopitiam Kita

2. Nasi Kerabu Panji

Nasi kerabu dan Kelantan memang tidak dapat dipisahkan.Menu itu mudah didapati di mana-mana sahaja sekitar Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. 

Jadi, apa yang membezakan restoran Nasi Kerabu Panji dengan yang lain? Di sini, ia dihidangkan bersama sambal cili serta pilihan lauk yang menyelerakan iaitu daging salai, ayam bakar, kambing bakar dan solok lada. Makanan lain turut dihidang seperti nasi tumpang, pulut manis dan kuih kerbau guling.

Alamat: Lot 947, Berhadapan Caltex, Jalan Hospital, Kampung pulau Kapas, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Nasi kerabu kambing. Foto - Nor Aziri

3. Restoran Ikan Bakar Kukup

Buat peminat ikan bakar dan ABC boleh datang ke Restoran Ikan Bakar Kukup.  Masakan panas, selera barat (western) dan snek ringan turut disediakan.

Restoran ini terkenal dengan pulut ikan bakar yang unik dan sedap. Lagi sedap jika pulut dengan parutan kelapa bersama dengan ikan bakar dicicah dengan kuah kicap cili.

Hidangan ringkas ini cukup menyelerakan, ditambah dengan menu sampingan seperti ikan goreng atau ikan bakar yang ranggup. Jangan lupa pesan ABC 4 Colour, cukup lemak manis dan berkrim.

Tempat makan ini menyediakan lot parking kereta, mengambil tempahan, pelanggan boleh walk-in dan sesuai untuk makan besar kumpulan ataupun grup. 

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Restoran Ikan Bakar Kukup
Kerabu Maggi
Kerabu Kerang

4. Restoran Nasi Ulam Cikgu

Semua orang Kota Bharu cukup sinonim dengan persekitaran restoran ini kerana dahulunya kawasan tersebut merupakan tapak tinggalan istana diraja Kelantan.

Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi. Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid. Lokasinya strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.

Keunikan kedai ini adalah jenis ulam-ulaman dengan dengan menu istimewa seperti ikan keli goreng berempah dan gulai darat, asam pedas ikan patin dan jelawat, gulai telur itik, kerabu betik serta sup ayam kampong.  

Restoran Nasi Ulam Cikgu juga menyajikan budu asli negeri Kelantan yang pekat dan rasa ‘kaw’. Konsep layan diri membolehkan pelanggan bebas memilih lauk pauk bersama ulam-ulaman yang segar.

Trivia – Tahukah anda di Kota Bharu pun ada Kampung Pelangi? Deretan rumah kampung berwarna-warni ini terletak di persisiran Sungai Kelatan, kira-kira 2 kilometer dari Restoran Nasi Ulam Cikgu.

Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Hidangan istimewa
Kampung Pelangi
Ulam-ulaman
Ikan keli goreng berempah

5. Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Sekiranya anda berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk menikmati keindahan pantai dan melihat deretan pokok ru yang redup, jangan bimbang soal makan.

Sepanjang persisiran pantai sejauh 1.2 kilometer ini terdapat banyak gerai makan yang menjual hidangan panas, ais krim pasu, snek ringan seperti keropok lekor dan pisang goreng. Menu wajib cuba di PCB adalah seafood celop tepung dan mee ketam

Kebanyakan gerai-gerai di PCB dibuka sehingga lewat tengah malam, jadi anda boleh lepak layan angin laut sambal makan seafood celop yang ditawarkan.

Tips – Anda akan tempuh satu pekan tradisional India semasa menuju ke Pantai Cahaya Bulan, ia adalah kawasan kraftangan yang popular untuk pencetakan batik, penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang.

https://www.instagram.com/p/wgj9QtCV02/

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!