[VIDE0] 'Flight Delay' Akibat Ada Orang Panjat Sayap Pesawat - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

[VIDE0] ‘Flight Delay’ Akibat Ada Orang Panjat Sayap Pesawat

Avatar
Share
Panjat Sayap Pesawat

Adalah menjadi kebiasaan untuk sesebuah penerbangan tergendala atau ‘delay’ akibat sebab-sebab tertentu yang boleh membahayakan penerbangan tersebut jika diteruskan.

Antara sebab-sebab penerbangan tergendala adalah cuaca yang tidak sesuai untuk terbang, masalah teknikal dan lain-lain

Tetapi, seorang pengguna Twitter, @SouljaSlim2005 berkongsi satu kejadian luar biasa berlaku apabila sebuah penerbangan tergendala akibat terdapat individu yang cuba memanjat sayap pesawat berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika penerbangan yang dinaiki ibunya ingin berlepas.

“Penerbangan ibu saya tergendala. Saya tanya kenapa… dia hantar kepada saya ini,” katanya dalam satu ciapan.

Individu tersebut kelihatan berjalan di atas sayap pesawat sebelum cuba untuk memanjat bahagian hujung sayap tersebut.

Tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila ia terjatuh dan terus dikelilingi oleh pasukan keselamatan dan ditahan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!