Freeport A'Famosa Outlet Tawar Diskaun Sehingga 90% Sempena Promosi Shopp@Melaka );

Type to search

Backpackerz Berita

Freeport A’Famosa Outlet Tawar Diskaun Sehingga 90% Sempena Promosi Shopp@Melaka

Share
Freeport A'Famosa Outlet

Pusat beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) menawarkan diskaun sehingga 90% bagi barangan pelbagai jenama terkenal sempena kempen Promosi Shopp@Melaka.

Kira-kira 80 buah kedai akan mengambil bahagian dalam kempen anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) itu di bawah promosi ‘Ramadan Shop & Redeem’ bermula 19 April sehingga 12 Mei depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, kempen berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk merancakkan kembali industri belah-belah dalam negara.

“Sempena kempen ini, FAO menawarkan diskaun sehingga 90 peratus, yang saya kira adalah peluang terbaik untuk para pengunjung singgah dan membeli-belah barangan persiapan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM250 di dalam dua resit, pengunjung juga akan menerima satu ‘FAO Green Packet’ dan ‘FAO Care Set’,” kata beliau.

Selain itu, pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di dalam dua resit pula bakal menerima satu baucar bufet Ramadhan termasuk tiket masuk ke Firefly Magical Show yang bernilai RM79.

Jailanani berkata pihaknya juga sedang berusaha untuk melibatkan lebih banyak pusat beli-belah menyertai kempen tersebut termasuk Aeon Bandaraya Melaka, Dataran Pahlawan dan The Shore Shopping Gallery.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!