Funaya aka "Venice of Japan" - Destinasi Unik di Jepun Yang Ramai Pelancong Tidak Tahu - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Pilihan Backpackerz

Funaya aka “Venice of Japan” – Destinasi Unik di Jepun Yang Ramai Pelancong Tidak Tahu

Share

Kalau korang merancang ke Jepun tetapi sudah bosan dengan destinasi tipikal macam Tokyo atau Osaka, maka korang boleh ke Funaya yang digelar “Venice of Japan.”

Ikuti perkongsian rakyat Malaysia yang menetap di Jepun, Zunita Ramli tentang destinasi yang menarik ini.

Para pembaca juga boleh mengikuti tulisan-tulisan terkini Zunita tentang pengalaman hidup di Jepun melalui laman Facebook miliknya: https://www.facebook.com/zunita.naturactor  

Funaya, atau lebih dikenali sebagai “Venice of Japan” adalah sebuah perkampungan kecil atas air yang terletak di bandar Ine di wilayah Kyoto.

“Funaya” yang bermaksud ‘Rumah Bot’ dalam Bahasa Jepun biasanya berfungsi sebagai garaj untuk menyimpan bot di tingkat bawah dan tuan rumah pula akan tinggal di tingkat atasnya.

Dibina pada pertengahan pemerintahan era Edo, kini terdapat lebih kurang 200 rumah funaya di sepanjang 5 km Teluk Ine (Ine Bay). Funaya juga dikenali sebagai “Hidden Gems of Kyoto”.

Buat korang yang tak sabar menunggu sekatan ke luar negara ditarik balik, mungkin boleh study dahulu tentang Funaya ni.

Zunita Ramli merupakan rakyat Malaysia yang kini sudah beberapa tahun menetap di Jepun. Dia juga merupakan pengasas dan pemilik Tokyo Organic HQ serta pengedar rasmi bagi Meiko Malaysia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!