Gajah Remaja Mati Akibat Keletihan Membawa Pelancong Berterusan di Sri Lanka - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Berita Isu

Gajah Remaja Mati Akibat Keletihan Membawa Pelancong Berterusan di Sri Lanka

Share
  • Pernah tular sebelum ini, seorang pelancong di Thailand menerima urutan daripada gajah, di mana pelancong itu berbaring d iatas kerusi & dua ekor gajah muda mengurut belakangnya menggunakan belalai serta kaki.
  • Haiwan yang digunakan sebagai kebanyakan tarikan pelancong ini dipisahkan dari ibu mereka sejak usia muda & terikat kepada prosedur latihan kejam.
  • Aktiviti tarikan haiwan ini popular terutamanya di Thailand, India dan negara Asia yang lain.

Segelintinr pelancong beranggapan bahawa aktiviti tarikan melibatkan tunggangan mahupun persembahan tidak membahayakan haiwan tersebut, tetapi realitinya haiwan malang ini mengalami penderitaan semata-mata untuk membenarkan kudrat mereka diperah tanpa belas kasihan. Bayangkan, bagaimana kekejaman digunakan semasa haiwan dilatih?

AKtiviti menunggang gajah popular di Sri Lanka

Terbaru, dalam satu kejadian yang menyayat hati, seekor gajah berusia 18 tahun di Sigiriya, Sri Lanka mati akibat keletihan selepas memberikan tiga tunggangan berturut-turut kepada pelancong! Sehari sebelum kematiannya, gajah yang diberi nama Kanakota tersebut telah digunakan dalam acara perarakan. 

Menurut laporan Daily Mirror, gajah jantan Asia ini sudah ‘berkhidmat’ untuk pelancong sehingga sejak empat tahun yang lalu dengan bayaran $ 30 (satu lawatan). Kanakota telah membawa pelancong dalam suhu haba yang melampau dengan tempat duduk ‘menyakitkan’ di belakang badannya.

Lihat keadaan gajah yang dirantai & diseksa
Kanakota, rebah & mati selepas tiga kali membawa pelancong

Berikutan kejadian tersebut, aktiviti kebajikan haiwan telah mendesak pihak berkuasa Sri Lanka mengambil tindakan dan membawa perubahan dasar selepas kematian Kanakota.

Ramai aktivis haiwan dunia terus mendesak pelancong agar tidak menyokong aktiviti tunggangan haiwan seperti gajah dan mengharapkan pembelaan sewajarnya ke atas haiwan malang dan hidupan liar yang dimanipulasikan demi keuntungan sendiri tanpa memikirkan kelangsungan hidup haiwan.

Selagi pelancong masih berminat menunggang gajah, lebih banyak haiwan gergasi lembut ini akan terus menderita dan rebah akibat keletihan. Ayuh kita hentikan penyeksaan aktiviti pelancongan melibatkan haiwan yang tidak berhati perut ini! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!