Genting Skyworlds Mula Dibuka Pada Pertengahan 2021 );

Type to search

Backpackerz Berita

Genting Skyworlds Mula Dibuka Pada Pertengahan 2021

Avatar
Share
Genting Skyworlds

Penantian bagi taman tema terbaru Genting Highland, Genting SkyWorlds akan berakhir tidak lama lagi apabila ia mengumumkan akan mula menyambut tetamu bermula pertengahan tahun ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting, Lee Thiam Kit yang menyatakan bahawa taman tema tesebut kini sedang dalam fasa akhir pembangunan.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

“Kami sudah hampir bersedia. Kami sedang melakukan sentuhan akhir ke atas taman tema yang menakjubkan ini, yang kami percaya adalah taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara,” katanya dalam majlis memperkenalkan logo Genting SkyWorlds yang diadakan secara maya.

Beliau berkata kos bagi menyiapkan Genting Skyworlds menelan belanja lebih AS$800 juta (RM3.23 bilion) dan percaya pelaburan itu akan menjadi aset penting bagi negara dan industri pelancongan.

Tambahnya, pihaknya akan memberi fokus terlebih dahulu kepada pengunjung tempatan dalam tempoh enam bulan hingga setahun pembukaannya sebelum menyasarkan pelancong asing.

Taman tema tersebut boleh memuatkan seramai 20,000 pengunjung dalam satu masa. Mereka juga sedang bekerjasama dengan Alibaba untuk membangunkan sistem bagi memudahkan pengunjung untuk merancang perjalanan mereka lebih awal.

Pengunjung boleh menjangkakan pengalaman berkelas dunia yang menakjubkan ke sembilan dunia yang diinspirasikan daripada filem dan pengembaraan iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic, dan Rio.

Taman tema tersebut akan turut menggabungkan Harta Intelek (IP) sendiri dengan jenama dan IP milik 20th Century Studios – termasuk Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes – menerusi 26 buah permainan dan tarikan yang ditawarkan.

Taman tema itu sebelum ini dikenali sebagai 20th Century Fox World.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=mt-YEoo4S5A[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!