"Skip The Queue, Get A Fresh Pack", Airasia Fresh Tawar Lebih Banyak Produk & Lancar Fresh Pack

Type to search

AirAsia Backpackerz

“Skip The Queue, Get A Fresh Pack”, Airasia Fresh Tawar Lebih Banyak Produk & Lancar Fresh Pack

Share
Fresh
  • Mudah disesuaikan, harga tetap, penghantaran percuma & pilih slot penghantaran menerusi pembelian barangan runcit dalam talian.
  • Airasia fresh menawarkan potongan 50% dari pek kedua dari 2 Februari hingga 28 Februari sempena Tahun Baharu Cina.
  • Pek Segar oleh airasia fresh dilancarkan pada 2 Februari lalu, dikuasakan oleh rakan penghantaran, Teleporters.

Fresh

Semuanya dihujung jari! Kaedah baharu untuk membeli barangan runcit dalam talian kini lebih mudah dengan pelancaran Fresh Pack oleh airasia fresh.

Platform ini menawarkan pek barangan runcit tersuai dengan harga tetap dan penghantaran percuma mengikut pilihan masa anda sebagai pengguna.

Pek barangan runcit tersuai ini tersedia mengikut saiz kecil atau besar dalam empat kategori: sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut.

Fresh
Fresh packs

Untuk meraikan pelancaran Pek Segar dan sempena Tahun Baharu Cina, airasia fresh menawarkan diskaun 50% untuk setiap pembelian Pek Segar kedua mereka dari 2 Februari hingga 28 Februari 2021.

Setiap pesanan didatangkan dengan beg runcit edisi terhad dalam empat reka bentuk berbeza, yang akan dikeluarkan pada setiap minggu sepanjang bulan Februari.

Beg runcit edisi terhad ini direka dengan kerjasama ilustrator dan pereka grafik yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ong Lyn-Hui.

“Di airasia fresh, kami berhasrat untuk menawarkan kemudahan dan harga berpatutan untuk pembelian barangan runcit dalam talian, terutama produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan laut. Dengan memanfaatkan ekosistem airasia termasuk airasia Farm, platform perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang menghubungkan petani terus kepada peniaga, kami dapat menawarkan nilai terbaik kepada para pelanggan dan memberi manfaat terus kepada petani”, jelas Maybel Chan, Ketua airasia Fresh.

Dalam pada kita terus memerangi pandemik ini, pembelian dan penghantaran barangan runcit dalam talian telah menjadi sebahagian daripada norma baharu.

Tambah pula sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), agak terhad untuk keluar masuk dan tempuh sekatan jalan raya semata-mata mencari barangan runcit harian di rumah.

Terdapat pelbagai tawaran barangan runcit yang berbeza berbanding di luar melalui pek segar yang ditawarkan dari segi kesegaran, pilihan, harga tetap termasuk penghantaran secara percuma.

Selain itu, anda boleh nikmati lebih penjimatan dan nilai untuk pembelian produk airasia fresh dengan membuat pembayaran menggunakan BIG Poin.

Jadi, kekal selamat di rumah dan terus menyokong produk tempatan tidak kira industri kecil sederhana mahupun besar yang sedang bertarung untuk meneruskan perniagaan demi kelangsungan hidup.

Penulis menyokong sepenuhnya usaha AirAsia untuk mengembangkan rangkaian dengan pelancaran Fresh Pack ini. Untuk info lanjut, anda boleh layari airasia.com/fresh.

Fresh
Skuad penghantaran

Jom layan video airasia Cook-Off Challenge antara Tony Fernandes dan Pete Chareonwongsak (Teleport).

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=De1aqSpGbBk[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!