Glamping Dalam Lapangan Terbang Changi, Singapura );

Type to search

Backpackerz Airlines Asia Insider

Glamping Dalam Lapangan Terbang Changi, Singapura

Ain Huda
Share

Perasan tak sejak virus COVID-19 melanda, ramai yang menjadi kreatif. Bukan sahaja dalam bakat masakan, idea aktiviti indoor di rumah pun menjadi ikutan. Begitu juga dalam perniagaan yang semakin ramai mengeluarkan idea-idea yang tidak terfikir sebelum ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura memberi peluang kepada warga tempatan untuk bercuti dengan cara berbeza memandangkan rakyat tidak dibenarkan ke luar negara untuk berehat.

Dalam lapangan terbang tersebut menyediakan glamping yang lengkap dengan keperluan asas seperti khemah yang memuatkan dua ke tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak.

Selain itu, setiap khemah disediakan katil bersaiz queen dan single, peti sejuk, penghawa dingin dan menggunakan bilik mandi di Changi Lounge.

Bukan itu sahaja, glampicnic pun ada khas kepada sesiapa yang ingin berehat secara santai bersama keluarga dengan suasana taman yang tenang dan cantik.

Istimewa kepada pengunjung, pihak lapangan terbang memberi akses eksklusif untuk merasakan pengalaman Changi Experience Studio atau Manulife Skye Nets dan paling penting tempat letak kereta percuma.

Pengunjung boleh memilih dua lokasi untuk glamping, di Cloud9 Piazza atau Forest Valley.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!