Glamping Tepi Sungai & Aktiviti River Tubing, Percutian ‘Back to Nature’ di eRYAbySuria Janda Baik - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz [] Stay In

Glamping Tepi Sungai & Aktiviti River Tubing, Percutian ‘Back to Nature’ di eRYAbySuria Janda Baik

Share

Rindu nak melihat kehijauan alam semulajadi, rindu suasana berkelah di tepi sungai sambil menikmati keriangan bersama keluarga tersayang.

Bagi anda yang merancang untuk percutian “nature retreat”, ini lah masa sesuai bawa family ke eRYAbySuria di Janda Baik, Pahang.

Selain terkenal dengan resort mewah dan eksklusif di Cherating, Bentong dan Johor Bahru, eRYAbySuria mengikuti trend percutian terkini, perkhemahan.

Semi glamping merupakan produk terkini eRYAbySuria Janda Baik. Penulis dapat merasakan suasana ketenangan yang jauh dari hiruk pikuk kota dan tapak khemah sebelah sungai.

eRYAbySuria Janda Baik
eRYAbySuria Janda Baik
eRYAbySuria
Back to nature

Penulis berpeluang menjejakkan kaki ke sini sebelum pandemik COVID-19. Sehingga hari ini, masih teringat keseronokkan aktiviti river tubing yang ditawarkan di sini.

Untuk kemudahan serta ruang fasiliti turut disediakan seperti tandas, ruang solat dan dewan kecil.

Mungkin kalau perkongsian ini sebelum penularan wabak, ramai yang terdetik, ah bukan aku boleh pergi bercuti pun sekarang.

Jadi, ketika ini rakyat Malaysia sedang menikmati kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, tiba masanya anda lakukan urusan tempahan dalam masa terdekat.

Rugi kalau duduk terperap sahaja di rumah setelah tiga bulan ‘terkurung’ jiwa dan raga. Ini masa untuk Cuti-Cuti Malaysia.

Semi glamping di eRYAbySuria Janda Baik
eRYAbySuria Janda Baik
Makan hidangan barbeku sampai kenyang
River tubing

Siapa yang pernah sampai ke Janda Baik mesti akan cakap belah malam dah takda aktiviti yang boleh dilakukan.

Tak sampai maka tak tahu. Menjelang malam di eRYAbySuria, pengunjung boleh lepak santai di tapak perkhemahan bertemankan desiran air sungai mengalir.

Bentang tikar baring, layan wayang pacak sambil hirup maggi kari, aktiviti campfire dan barbeku. Tak awesome malam anda disini? Only in eRYAbySuria Janda Baik.

Wayang pacak
eRYAbySuria
Hirup maggi kari sambil layan movie

Semi Glamping & Deluxe Room

Bagi anda yang kurang selesa tidur semi glamping, eRYAbySuria Janda Baik menyediakan resort rumah bukit yang dilengkapi 16 bilik iaitu Deluxe Twin, Deluxe King dan Deluxe Premier.

Semi glamping di eRYAbySuria Janda Baik tidak mahal dan sangat mampu milik, hanya RM35 untuk seorang.

Pengunjung akan diberikan kemudahan penginapan seperti khemah, sleeping bag, tapak unggun api, akses ke kawasan sungai dan bilik air.

eRYAbySuria
Semi glamping
eRYAbySuria
Bilik Deluxe Twin di eRYAbySuria

Jangan risau, eRYAbySuria ada buat promosi pakej bagi percutian secara berkumpulan. Dapatkan e-Voucher percutian eRYAbySuria Janda Baik di sini.

Tambahan RM25 seorang untuk menikmati hidangan barbeku seperti ayam, daging, kambing, sosej, nasi goreng, salad dan air minuman.

Pengunjung boleh makan sampai puas sambail layan wayang pacak, lepak borak, main kad, sesi heart to heart dan sebagainya.

eRYAbySuria
Campfire
Kawasan perkhemahan yang luas

Inilah masanya untuk menikmati pengalaman percutian back to nature yang menyegarkan!

Luangkan masa bersama keluarga dan geng kembara dengan aktiviti riadah air dan penginapan semi glamping di eRYAbySuria Janda Baik.

Terima kasih eRYAbySuria kerana sudi membawa team BackPackerz ke Janda Baik.

Aktiviti di eRYAbySuria Janda Baik

  • Semi glamping
  • Wayang pacak
  • Tapak unggun api
  • BBQ
  • Kelas memasak bersama chef resort
  • Mandi sungai
  • River tubing
  • All-terrain vehicle (ATV)
  • Team building & seminar
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!