Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Sunway Resort - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Sunway Resort

Avatar
Share
Gordon Ramsay

Cef selebriti dan penerima bintang Michelin terkenal, Gordon Ramsay bakal membuka restoran pertamanya di Malaysia tahun ini.

Restoran tersebut bakal dirasmikan Jun ini di Sunway Resort, dan perkara itu diumumkan oleh Sunway Resort dalam satu hantaran Facebook, semalam.

Jika anda berminat untuk menikmati hidangan cef yang terkenal dengan rancangan Hell’s Kitchen dan Masterchef itu, anda sudah boleh membuat tempahan sekarang walaupun ia hanya akan dibuka tengah tahun ini.

Restoran tersebut akan menghidangkan hidangan sepanjang hari daripada makan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Pengunjung berpeluang menikmati hidangan popular cef yang berasal dari Britain itu seperti Beef Wellington and Sticky Toffee Pudding.

Ketua Pegawai Eksekutif Gordon Ramsay Restaurant, Andy Wenlock berkata, “Kami berbesar hati bekerjasama dengan Sunway Group untuk melebarkan sayap Gordon Ramsay Bar & Grill ke Malaysia, dan tidak sabar untuk berkongsi menu yang lazat dan servis yang terkemuka dengan pengunjung tempatan dan antarabangsa pada 2021.”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!