Hanya 4 Resort di Pulau Perhentian Akan Beroperasi Pada Musim Tengkujuh - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In Visit Malaysia 2020

Hanya 4 Resort di Pulau Perhentian Akan Beroperasi Pada Musim Tengkujuh

Share
  • Perkhidmatan bot tidak akan beroperasi seperti hari biasa pada musim tengkujuh & ia menyukarkan pelancong untuk datang ke pulau.
  • Berdasarkan maklumat diperolehi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober.
  • Langkah tersebut telah menjadi rutin tahunan buat pengusaha resort bagi menghadapi musim tengkujuh bermula Oktober sehingga Februari & dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun.

Persediaan setiap tahun bagi pengusaha pusat-pusat peranginan di Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Tenggol di Terengganu apabila tibanya musim tengkujuh.

Penutupan tersebut pastinya mengurangkan pendapatan ramai pekerja namun ia perlu dilakukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, malah bimbang dengan keselamatan pelancong terutama keadaan cuaca tidak menentu serta laut bergelora.

Hanya beberapa buah resort sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang meminati sukan ekstrem seperti meluncur ombak. Antaranya pusat peranginan yang beroperasi adalah Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana.

Sebaliknya pusat peranginan di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang serta Pulau Tenggol, Dungun, telah dihentikan sementara sejak Oktober lalu. Ombak Kapas Resort akan beroperasi sehingga musim tengkujuh dan dibuka kepada beberapa pelancong Eropah yang sanggup menginap di situ demi sukan luncur ombak.

D'Rock Garden Resort scenery
D'Rock Garden Resort
Coral View Resort

Seruan kerajaan Terengganu ini dilihat wajar dalam memastikan keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau pada musim tengkujuh.

Masih banyak lagi lokasi-lokasi menarik untuk korang bercuti menjelang hujung tahun ini antaranya percutian di bandar, food hunting, taman tema dan sebagainya. #VisitMalaysia2020

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!