Harry Potter: The Exhibition Akan Temui Peminat Seluruh Dunia Pada 2022

Type to search

Backpackerz Insider

Harry Potter: The Exhibition Akan Temui Peminat Seluruh Dunia Pada 2022

Share
Harry Potter

Walaupun sudah 14 tahun sejak buku terakhir Harry Potter diterbitkan dan 11 tahun sejak filem terakhirnya ditanyangkan, ‘demam’ Harry Potter boleh dikatakan masih belum reda lagi.

Sentuhan magis sekual filem berdasarkan novel eponim oleh J.K.Rowling ini masih melekat di hati para peminat yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan salah satu franchise filem terbaik sepanjang zaman itu, ditambah pula dengan kemunculan siri ‘spin-off’ nya, Fantastic Beasts.

Menjelang tahun 2022, siri filem terbitan Warner Bros ini akan kembali menemui peminatnya dengan sebuah pameran jelajah dunia, ‘Harry Potter: The Exhibition‘.

Harry Potter: The Exhibition adalah berdasarkan siri Harry Potter dan Fantastic Beast, akan berlatarbelakang adegan-adegan ikonik dari buku dan filem, di samping pameran peralatan dan kostum yang asli dari filem.

Siri menjelajah ini akan membawa anda mengembara ke seluruh enam benua termasuk di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan rantau Asia-Pasifik.

Jelajah itu dibawakan oleh Imagine Exhibitions, yang sebelum ini pernah menjayakan pameran terkenal seperti Titanic: The Exhibition, Downton Abbey: The Exhibition, Leonardo da Vinci dan Vincent van Gogh.

“Kami berbesar hati diberi kepercayaan dengan jenama Harry Potter yang ikonik dan teruja untuk mengembangkan dan berkongsi pengalaman pameran yang meraikan keajaiban Wizarding World,” kata Tom Zaller, Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Exhibitions.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi, penganjur, dan penaja berkelas dunia untuk membawa siri penayangan ini kepada peminatnya di seluruh dunia.”

Setiap ruang pameran akan meliputi luas antara 10,000 hingga 20,000 kaki persegi, dan yang lokasi pertama akan diumumkan kemudian.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!