Hasrat Dua Pelancong Malaysia Bercuti di Korea Selatan 'Lebur' & Dihantar Pulang Kerana Satu Sebab - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Tips

Hasrat Dua Pelancong Malaysia Bercuti di Korea Selatan ‘Lebur’ & Dihantar Pulang Kerana Satu Sebab

Share
  • Dah terbang jauh-jauh ke Korea Selatan, tiba-tiba ‘dihalau’ untuk balik pada hari yang sama.
  • Pelancong tersebut kena ‘denied entry‘ ke Korea & dihantar pulang gara-gara tidak tahu butiran bas untuk pergi ke Pulau Nami.
  • Tips: Apps untuk korang download & guna bagi pengangkutan awam di negara yang dikunjungi – Moovit & Rome2Rio

Hidup ini bagai mimpi. Betul-betul macam mimpi. Dah tak macam realiti. Hasrat dua kenalan untuk bercuti ke negara K-pop & K-drama tidak kesampaian selepas ditahan pegawai imigresen Korea Selatan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 14 November lalu gara-gara tidak mencetakreturn ticket sebelum berlepas ke sana.

Pudin (kanan) bersama sahabatnya, Haseyemi dihantar pulang ke Malaysia pada petang hari yang sama

Difahamkan, Muhammad Shaifuddin Muhammad Ab Haqqi Eng atau dikenali sebagai Pudin, sebelum ini tidak pernah berkunjung ke Korea dan ini adalah pertama kali pergi ke sana. 

Perkongsian Pudin mengenai pengalamannya yang dimuatnaik ke Facebook group “Road to Korea” pada Ahad itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Perkongsian Pudin di Road to Korea
Haseymi, Pudin (tengah)( & Muhammad Fadhli Maimun sebelum berlepas ke Seoul, Korea Selatan

KRONOLOGI KES

Sampai pukul 8.30 di Lapangan Terbang Incheon dan kami bertiga terus ke imigresen. Imigresen ada 7 lane, dua untuk fast lane, kebiasaannya fast lane jarang dibuka melainkan ada masalah atau pertanyaan panjang untuk pelancong, jadi ramai yang beratur di situ.

Kami bertiga beratur di lane 5, tiba-tiba lane ke 6 dan 7 dibuka dan terus panggil kami berdua. Mungkin pegawai imigresen curious dengan kami berdua, terus ambik pasport dan bertanya datang dengan siapa, nak pergi mana dan sebagainya. Lepas tu, dia tanya lagi pasal return ticket dan itinerari sepanjang di Korea Selatan.

Silapnya di sini semua dokumen tersebut kami simpan dalam telefon, nak tunjuk dekat officer, officer dah tak berminat nak layan. Kemudian kami diarah untuk masuk ke bilik kuarantin dan diajukan pelbagai soalan.

Menurut Pudin, semua soalan berjaya dijawab kecuali satu soalan sahaja gagal dijawab. Pegawai imigresen tanya, bas nombor berapa nak pergi ke Nami island esuk? Balik naik feri, naik bas nombor berapa untuk balik hotel? Selama tujuh jam kami berada dalam bilik kuarantin, nak pergi tandas pun tak dibenarkan apatah lagi bagi kami makan.


Return ticket yang diberikan untuk pulang ke Malaysia

Pudin terkilan kerada duit yang disimpan untuk untuk dibelanjakan ke Korea ‘lebur’ begitu sahaja. Dianggarkan kos ‘burn‘ sekitar RM 2,500 termasuk penginapan dan tiket penerbangan. Pudin turut kecewa kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke Korea kerana meminati rancangan realiti terutama Running Man

Harap saudara Pudin dan sahabatnya tabah. Anggaplah kunjungan ke Korea yang tidak kesampaian ini bakal digantikan dengan sesuatu yang lebih indah kelak. Sama-sama kita doakan.

Tragedi menimpa tiga sahabat apabila dua daripada mereka dihantar pulang pada hari sama

Jadi pengajarannya, sediakan semua dokumen cukup lengkap secara fizikal atau dicetak, dan berpakaian kemas terutama lelaki. Jangan bagi officer imigresen syak bukan bukan dan sebaiknya buatlah sedikit persediaan bila merancang bercuti di negara orang.

Adakah insiden ini gara-gara ‘geng-geng’ kerja secara illegal  / haram di luar negara atau menetap secara ‘overstay’ yang menyebabkan imigresen bertindak lebih tegas terhadap kemasukan pelancong luar?

Be positive & supportive

Pesanan penulis and my 2 cent, janganlah kita dok sibuk membandingkan percutian / pengembaraan korang sebelum ini berjaya lepas tanpa masalah; “imigresen time aku pergi baik je, siap senyum”, “aku dah 35 kali pergi Korea takda masalah pun”, “aku tak tunjuk pun return ticket, lepas je”, “aku pun pakai selekeh je masa jumpa imigresen, okay je lepas”. Travel is not a competition and comparison.

Korang kembara / bercuti ke luar negara bukan nak dabik dada bangga, tak kisahlah korang berpuluh kali ke Korea ke, just be positive – bantu kongsi tips, petua & sebagainya. Pengalaman untuk dikongsi, bukan nak herdik / perkecilkan orang lain.

Anggaplah ‘insiden’ ini sebagai pengajaran kepada mereka di luar sana yang masih ingin mencuba dan memberanikan diri keluar mengembara ke luar negara. “You wont regret until you walk in their shoes.

PETUA ORANG TUA

1 – Dapatkan advice / tips kenalan yang pernah mengunjungi ke negara yang bakal dituju.

2 – Sediakan butiran percutian seperti tiket balik, alamat penginapan dan itinerari ringkas secara fizikal atau dicetak sebagai persediaan. Biar orang nak cakap / ejek kau ‘old school‘ masih guna print, sekurang-kurangnya tak gelabah bila ditanya.

3 – Isi butiran borang imigresen secara lengkap, jangan biarkan tempat kosong atau jawapan “tak pasti”.

4 – Elakkan simpan butiran penting dalam telefon sahaja sebab makan masa korang nak buka phone, nak download, nak attach dan sebagainya. Lagi pening bila phone kau tiba-tiba buat hal atau problem semasa bercuti.

5 – Paling penting, bila travel di negara orang, jangan sombong, poyo atau berlagak dengan orang tempatan mahupun rakyat Malaysia sendiri. Mana tahu bila ada kecemasan, dorang ni yang akan bantu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!