'Hiking' Tanpa Kebenaran, 14 Individu Ditahan di Hutan Simpan Gunung Bujang Melaka - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

‘Hiking’ Tanpa Kebenaran, 14 Individu Ditahan di Hutan Simpan Gunung Bujang Melaka

Share
  • Kementerian Belia & Sukan (KBS) membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi termasuk mendaki bermula 15 Jun lalu.
  • Pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial & prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
  • Aktiviti pendakian, perkhemahan & rentas hutan (jungle trekking) hanya untuk lawatan balik hari sahaja serta tidak melebihi 20 orang.

Sebelum ini ramai peminat aktiviti hutan dan pendakian keliru sama ada hiking atau camping dibenarkan atau tidak dibawah kategori rekreasi dan riadah.

Ia susulan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membenarkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Berita dari ‘Abah’ itu disambung dengan riang oleh komuniti hiking dan love nature dengan teriak yak yak yeay.

Namun, terdapat kegiatan yang masih dilarang antaranya aktiviti sukan lasak seperti motocross, ATV, mountain bike, rock climbing; serta aktiviti tali seperti abseiling dan wall climbing.

Sudah diberi betis hendak paha. Sudah diberi kelonggaran melakukan aktiviti pendakian, sibuk pula nak masuk hutan yang dilarang.

Seramai 14 individu ditahan kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Bujang Melaka di Kampar.

Kumpulan ini dilaporkan melakukan aktiviti pendakian tanpa kebenaran Jumaat lalu. Jabatan Perhutan Perak bertindak berdasarkan maklumat yang diterima.

Pendaki mulakan perjalanan dari Tanah Milik Sahom Valley Resort di Kampar dan seterusnya ke Batu Dinding berhampiran puncak Gunung Bujang Melaka.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Dipang, Kampar

Kesemua 14 individu termasuk enam wanita yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan polis.

Hang jangan buat pasai, orang awam boleh didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan tanpa permit.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Peringatan! Biarpun aktiviti pendakian dibenarkan sewaktu PKPP, orang awam dilarang memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa kelulusan melalui Pejabat Hutan Daerah.

Antara lokasi pendakian yang tidak memerlukan anda bermalam dan jarak denai yang tidak jauh seperti Gunung Irau dan Mossy Forest, serta Gunung Ledang. 

Mossy Forest. Foto/Mohd Syaiful Azik
Mossy Forest, Cameron Highland

Bukan nak marah, tapi kalau wujud kumpulan kecil yang masuk hutan tanpa permit, maka akan bertambah ramai jumlahnya.

Keadaan ini sukar untuk dikawal apatah lagi hutan merupakan kawasan yang berisiko tinggi sekiranya berlaku kecemasan mahupun kemalangan.

Ingat, kita masih belum menang dalam isu pandemik COVID-19. Paham ke paham?

Sumber: Astro Awani

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!