Hotel Equatorial Penang Umum Penutupan Akibat Impak COVID-19 );

Type to search

Backpackerz Berita

Hotel Equatorial Penang Umum Penutupan Akibat Impak COVID-19

Share
Hotel Equatorial Penang

Hotel Equatorial Penang akan memberhentikan operasinya pada bulan Mac ini akibat “keadaan perniagaan yang buruk disebabkan oleh COVID-19”, umum pengurusan hotel tersebut.

Dalam satu kenyataan bertarikh 27 Januari lalu, pengurus besarnya, Alan HC Ong berkata hotel tersebut akan dibuka kepada orang awam sehingga 10 Februari 2021.

Menurutnya, pandemik yang berlaku menyebabkan keputusan itu terpaksa dilakukan walaupun ia “menyakitkan”.

“Kami amat menghargai pekerja kami, yang dahulu dan sekarang, yang telah membantu menjadikan hotel ini menjadi asas hospitaliti Pulau Pinang. Bersama rakan sekerja kami, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan hebat anda.

“Kepada warga Pulau Pinang, kami sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada hidup anda sejak tiga dekad lalu,” menurut kenyataan di Facebook Hotel Equatorial Penang itu.

Hotel ikonik Pulau Pinang yang terletak di Bayan Lepas itu telah beroperasi sejak 1989 dan mempunyai 662 buah bilik. Ia merupakan hotel lima bintang pertama di selatan Pulau Mutiara itu dan terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Hotel Equatorial Penang bukanlah hotel ternama yang pertama yang terpaksa menamatkan operasi akibat kesan COVID-19.

Antara hotel terkenal lain yang telah mengambil langkah sama adalah G City Club Hotel, Kuala Lumpur (30 April 2020), The Puteri Pacific, Johor Baru (30 Ogos 2020), dan Holiday Inn Resort, Pulau Pinang (30 Jun 2020).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nancy Shukri berkata setakat 31 Oktober 2020, 109 pengusaha sektor hotel (yang merangkumi motel, homestay dan chalet) telah menghentikan operasi mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!