"Realiti Menyeramkan & Servis Teruk" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menginap 1 Malam di Hotel 'Berpenghuni' di Taiping Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

“Realiti Menyeramkan & Servis Teruk” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menginap 1 Malam di Hotel ‘Berpenghuni’ di Taiping

Share
hotel

Percutian bersama keluarga tercinta sesuatu yang diimpikan ramai kerana bonding time yang diluangkan cukup berharga dan sukar digantikan.

Tambah pula, sesebuah keluarga itu berdepan kesukaran untuk melancong bersama atau gathering atas faktor masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Penulis terbaca satu perkongsian “thread” yang agak mengejutkan di Twitter dimana hotel penginapan memberikan pengalaman bercuti yang kurang menarik serta menyeramkan.

Ciapan tersebut diluahkan secara terperinci oleh Anak Juni atas akaun Bebopbeebop mengenai sebuah hotel di Taiping, Perak yang penulis boleh gambarkan indah khabar dari rupa dan ‘berpenunggu’.

Gambar-gambar yang diiklankan dalam platform tempahan hotel tidak sama sekali setelah tetamu mendaftar masuk ke penginapan tersebut.

Memang tidak dinafikan, sebelum kita memilih destinasi untuk melancong, sudah tentu tempat penginapan menjadi keutamaan untuk berehat mesra pelancong atau tetamu.

Menurut ciapan Anak Juni atau Farhan Rajuli, 25, beberapa minggu sebelum pulang beraya di Bukit Merah, Perak, ibunya memutuskan untuk menempah hotel pangsapuri Jana View Condotel di Kamunting.

Antaranya sebabnya adalah status hotel di kawasan Golf Club, gambar-gambar dalam tempahan online nampak menyakinkan serta berjaya menarik minat ibunya untuk berehat semalam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Mereka sekeluarga membayar RM140++ untuk satu bilik dan mereka mengambil tiga bilik.

Penulis kongsikan beberapa foto menarik yang dimuatnaik di sebuah laman platform tempahan penginapan.

hotel
Carian di internet
hotel
Foto - Farhan Rajuli

Jelas Farhan, mereka sekeluarga tiba jam 9 malam dan entrance guard post kosong, jalan masuk utama gelap, tidak berlampu dan kelihatan bangunan seolah ditinggalkan.

Dalam hatinya terdetik, “Biar betul tempat ni tapi map memang tunjuk situ tempatnya”.

Sampai bahagian lobi, keluarganya mengharapkan ada penyambut tetamu yang betul serta perkhidmatan asas hotel lain disediakan tapi sebaliknya.

Ada seorang ‘penjaga’ tempat ni perwatakan yang tidak mencerminkan servis hospitaliti lalu memberi kunci dan suruh pilih nak bilik yang mana.

Bayangkan, ada bilik yang baru suisnya dibuka terus trip, koridor kotor, banyak sampah, air bertakung, taik kucing bersepah, bau kurang menyenangkan dan bumbung bocor.

Bukan sahaja keadaan hotel tidak terurus, malah lif pun rosak entah berapa puluh tahun tak dibaiki. Terpaksalah kami sekeluarga pikul beg naik tangga untuk bilik tempahan. Keadaan bilik pun menyeramkan, kusyen dengan ada ‘tanda’ dan persekitaran bilik berhabuk.

Farhan sekeluarga diberikan bilik berhubung (connecting room) dan satu lagi bilik di tingkat bawah. Ini part seram yang dikongsikan oleh Farhan, perasaan menginap disini seakan-akan bermalam di Blok 404.

hotel
Pintu masuk
hotel
Reception
hotel
Fasiliti tidak terurus
hotel
Kusyen ada kesan

Macam-macam bunyi pelik ‘singgah’ dekat telinga sepanjang malam. Bunyi ticking sound berulang kali kemudian diam. Tiba-tiba ada terdengar bunyi orang buka tutup pintu, kemudian rasa macam ada sesuatu mengintai dari balkoni. Penghujungnya, satu keluarga tidak dapat tidur lena disebabkan gangguan itu.

Bila nak check out, tetamu hanya perlu tinggalkan kunci dalam lubang meja reception sahaja tanpa bersua dengan sesiapa. Betul-betul pengalaman menginap yang cukup misteri.

Jadi, sekiranya anda inginkan vibes sedemikian boleh cuba menginap di sini. Semestinya satu pengalaman percutian yang memberikan ‘kelainan’ buat tetamu. Mungkin lebih menyeramkan daripada Blok 404.

Penulis sempat semak harga penginapan semasa, satu malam baru RM79 sahaja. Selain itu, rata-rata review memberikan rating rendah serta meluahkan kekecewaan selepas mendakwa menerima servis yang teruk, penyelenggaran yang diabaik dan pengalaman bermalam yang menyeramkan.

Perkongsian thread ciapan tersebut berjaya mendapat 7 ribu retweet, 756 quote tweet dan 4 ribu likes di Twitter.

Cuma, satu perkara yang penulis terfikir. Sepanjang lapan bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, bagaimana rupa hotel ini? Mesti lagi menyeramkan.

hotel
Bahagian luar hotel
hotel
Suasana hotel yang menyeramkan
hotel
Tinggalkan kunci dalam peti sahaja

Bayangkan kebanyakan penginapan yang gah di luar sana sebelum ini ibarat ‘rumah hantu’ gara-gara tiada kunjungan tetamu akibat pandemik Covid-19. Ada diantaranya terpaksa ‘bungkus’ berikutan menanggung kerugian besar.

Majoriti penginapan dalam negara mempunyai ratusan resort, hotel, rumah tamu, inap desa, bajet dan sebagainya yang memenuhi kriteria serta mejadi pilihan ramai pelancong.

Rancanglah percutian anda sebaiknya, pilih penginapan yang berbaloi serta jangan sambil lewa melakukan tempahan dan sebagainya.

Sekiranya anda terlepas, Taiping menawarkan penginapan ala staycation di dalam bas cukup unik – baca di sini.

Beberapa tip ringkas sebelum lakukan tempahan penginapan

  • Lakukan carian dan semakan terlebih dahulu tempat, penginapan atau hotel.
  • Rajin baca ulasan dan feedback yang dikongsikan tetamu lain. Kalau boleh cari yang paling terkini.
  • Semak keadaan sekeliling penginapan melalui internet.
  • Paling penting, jangan tertipu dengan iklan dan gambar dimuatnaik sebagai promosi. Boleh jadi butiran tersebut tidak dikemaskini.
  • Periksa latar belakang penginapan yang ditempah sekiranya kurang menyakinkan.
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!