J Hotel Shanghai Tower, China Tawar Pengalaman Menginap Di Tingkat Tertinggi 86 Hingga 96 );

Type to search

Asia Backpackerz

J Hotel Shanghai Tower, China Tawar Pengalaman Menginap Di Tingkat Tertinggi 86 Hingga 96

Share
Shanghai

Siapa sangka ketika kita sibuk tangani wabak pandemik sebuah negara di Asia Timur ini telah membina hotel mewah di bandar Shanghai?

J Hotel Shanghai Tower, yang dibuka pada 19 Jun, bukan sekadar hartanah mewah. Ia dianggap sebagai hotel tertinggi di dunia.

Menurut laporan CNN, J Hotel terletak di bahagian atas Menara Shanghai dengan setinggi 632 meter, di tengah-tengah Lujiazui serta menawarkan pemandangan indah di seluruh panorama Shanghai.

Dari lokasi yang tiada tandingan ini, para tetamu dapat menikmati ke semua pemandangan bandar itu dari tingkat atas hotel tertinggi di China itu!

Macam mana agaknya rupa hotel tertinggi di China ni ya? Hmm…

Untuk pengetahuan pembaca, J Hotel mempunyai 165 bilik dan 34 daripadanya adalah suite.

Bilik stateroom dan suite terletak dari tingkat 86 hingga 98, yang berbeza luasnya dari 62 meter persegi hingga 380 meter persegi dan menjadikannya antara beberapa pilihan tertinggi dan paling luas di Shanghai.

Sebagai panduan, hotel ini mempunyai empat jenis suite dan yang paling mahal adalah Shanghai Suite yang berukuran lebih dari 4,000 kaki persegi dan tetapi harga per malam tidak dinyatakan.

Bagi bilik yang paling murah pula berharga kira-kira $557 (RM2,315) untuk satu malam, sementara J Suite bernilai $10,46767 (RM43,477.54) per malam dan keluasannya sebanyak 2,000 kaki persegi.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan pelayan atau butler peribadi 24/7, kolam renang dalaman, peralatan mandian Hermes dan Diptyque, tab mandi berbentuk kelopak magnolia, spa mewah yang menawarkan rawatan Reiki dan set teh Cina yang lengkap di setiap bilik.

Pemandangan bilik mandi di ruang suite J Hotel

hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images

Bilik suite J Hotel

hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images


hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images

Pemandangan kolam renang di J Hotel

hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images

Hotel ini juga mempunya 7 tempat makan termasuklah restoran Kantonis bernama Heavenly Jin di tingkat atas (mungkin di tingkat 120) serta restoran makanan Jepun, makanan Itali dan minum petang.

Salah satu restoran di hotel iaitu Jin Yan, yang dihiasi dengan warna merah tradisional Cina.

hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images

 

hotel tertinggi

Sumber: Hector Retamal/AFP/Getty Images

Walau bagaimanapun, ‘ketinggian’ J Hotel tidak mampu mengalahkan Gevora Hotel di Dubai yang masih memegang rekod Guinness World untuk hotel tertinggi di dunia pada ketinggian 1,169 kaki.

Hal ini kerana, J Hotel hanya menempati tingkat paling atas dan tertinggi di Menara Shanghai bukan untuk keseluruhannya tingkat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!