Hutan Paya Gambut Berpotensi Hilang Dari Malaysia? );

Type to search

Backpackerz Isu

Hutan Paya Gambut Berpotensi Hilang Dari Malaysia?

Share
hutan

Hutan Simpan Kekal (HSK), hutan jenis paya gambut kini dilihat semakin ‘kecil’ dek kerana kerajaan Selangor bercadang hendak nyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Isu ini ternyata mendapat kebimbangan banyak pihak khususnya bagi golongan pencinta alam sekitar serta pakar kesihatan alam sekitar.

Sebelum memasuki perkampungan Orang Asli Busut Baru, anda akan disambut oleh kain rentang di gerbang pintu utama yang bertulis, “Dunia tanpa hutan adalah seperti dunia tanpa udara, air, kehidupan, haiwan dan tumbuhan. Selamatkan Hutan HSKLU”.

Di sebelahnya, satu lagi papan tanda menyebut “Bantah Nyahwarta HSKLU.” Difahamkan terdapat enam perkampungan yang terletak bersebelahan HSKLU selain kampung Orang Asli Busut Baru, iaitu Kampung Pulau Kempas, Kampung Bukit Cheeding, Kampung Bukit Kecil, Kampung Bukit Kemandul dan Kampung Bukit Perah.

hutan
Infografik oleh Bernama.

Masa depan tradisi dan corak hidup komuniti Orang Asli suku Temuan yang telah bertempat di kawasan hutan itu sejak tahun 1886 terus diancam oleh tekanan pembangunan negara yang menuju ke arah pemodenan.

Bukan hanya hilang tanah warisan, malah komuniti ini turut berdepan kemungkinan kehilangan sumber kehidupan ekoran tindakan kerajaan negeri Selangor yang ingin menyahwartakan kawasan seluas 930.93 hektar atau 97% hutan simpan berkenaan untuk tujuan projek pembangunan bercampur.

Pelbagai spesies hidupan, termasuklah spesies terancam seperti pokok meranti bakau, beruang matahari, tupai terbang pigmi dan ikan laga Betta Langat juga antara penghuni terancam di hutan berkenaan.

hutan
Foto Pexels

‘Kehilangan’ yang tiada gantinya

Persoalan lebih penting, apakah nasib orang asli jika hutan yang menjadi tanah warisan turun-temurun mereka terus diteroka untuk pembangunan?

Bagi penduduk orang asli di Kampung Busut Baru, episod ini bagaikan membuka luka lama apabila terpaksa berpindah dari tempat asal mereka di Kampung Busut di Sepang pada 1993 untuk memberi laluan kepada pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka bukan hanya terpaksa meninggalkan tempat tinggal, tetapi tanah adat dan cara hidup warisan nenek moyang mereka atas nama pembangunan.

hutan
Orang Asli di Pahang. Foto Tourism Malaysia.

Orang Asli, harapan terakhir perangi perubahan iklim

Rata-rata di seluruh dunia, masyarakat pribumi atau orang asli makin mendapat pengiktirafan atas sumbangan mereka ke arah usaha pemuliharaan alam.

Semakin ramai ahli akademik termasuk saintis kajian iklim antarabangsa yang mula memperakui kepentingan pengetahuan pribumi dan tradisional dalam sebarang usaha mitigasi perubahan iklim.

Laporan Panel Antara Kerajaan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC) 2007 turut menyebut: “pengetahuan pribumi adalah asas yang tidak ternilai dalam merencanakan strategi adaptasi dan pengurusan sumber semula jadi sebagai respons terhadap perubahan dalam alam sekitar dan bentuk lain.”

Pengetahuan tradisional masyarakat Orang Asli ini mungkin berguna untuk memahami keberkesanan beberapa strategi adaptasi yang hijau dan menjimatkan kos.

Banyak yang dapat dipelajari daripada masyarakat ini yang telah mengamalkan gaya hidup lestari karbon rendah sejak turun-temurun lagi.

Jadi, adakah kemungkinan hutan paya gambut hanya akan ditemui di Terengganu, Pahang, Johor dan Selangor akan terus susut dan menghilang daripada peta Malaysia?

Hutan paya gambut yang hanya terdapat dalam kawasan tropika dan substropika adalah ekosistem tanah lembab yang unik.

Jika keunikkan ini hilang, maka hilanglah juga identiti Malaysia.

[Sumber: Bernama]

Musnahnya Hutan Paya Bakau di Malaysia. Ikuti video ini.

Ikuti kisah lain tentang orang asli di sini : Wanita ini berkorban teman anak belajar kelas ‘online’ di hutan.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!