Impak COVID-19, Air Asia Mahu Kecilkan Operasi, Bakal Pulangkan Pesawat Kepada Pemajak Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Impak COVID-19, Air Asia Mahu Kecilkan Operasi, Bakal Pulangkan Pesawat Kepada Pemajak

Share

AirAsia Group Bhd mengumumkan bakal mengurangkan jumlah pesawat daripada operasinya dengan mengembalikan semula pesawat kepada pemajak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes semalam berkata Air Asia tidak akan membeli pesawat baru buat masa ini dan akan memulangkan sebanyak mungkin pesawat yang dimilikinya sekarang.

“Kami tidak akan membeli pesawat baru dan kami akan memulangkan kembali sebanyak mungkin. Saya menganggarkan pada akhir tahun depan kita akan beroperasi dengan 180 pesawat,” kata Tony kepada wartawan.

AirAsia kini memiliki 245 pesawat dan mahu memulangkan 22 buah pesawat bermula tahun ini

Tony berkata AirAsia masih dalam perbincangan dengan syarikat pembuat pesawat, Airbus untuk mengurangkan pesanan yang masih belum selesai.

“Saya tidak melihat kami berada di posisi di mana kami ingin membeli pesawat selama beberapa tahun. Dan walaupun kami ingin membeli pesawat, mungkin ada banyak pesawat terpakai yang murah,” kata Fernandes.

air asia

AirAsia minggu ini telah menutup operasinya di Jepun manakala AirAsia X Bhd mengumumkan rancangan untuk menyusun semula hutang sejumlah $15.3 bilionnya.

AirAsia juga ingin mengumpulkan sekitar $600 juta dalam bentuk modal tahun ini, dan telah mempertimbangkan untuk mengumpul dana bagi membiayai pengembangan lengan digitalnya.

Fernandes mengatakan AirAsia baru-baru ini didatangi oleh sebuah firma AS yang menawarkan untuk meminjamkan syarikat itu sehingga $1 bilion.

“Saya sudah katakan data kami sangat berharga. Sebuah syarikat AS telah tampil dan berkata, “anda tahu, kami akan memberi pinjaman kepada anda berdasarkan data anda”,” kata Fernandes, enggan mengulas lanjut.

AirAsia sebelum ini telah lama bersuara mengenai memanfaatkan pangkalan data penggunanya yang luas untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

[Sumber: Reuters]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!