Industri Pelancongan Tempatan Boleh Dikatakan Sudah Musnah Disebabkan PKPB - Pengusaha Pelancongan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Industri Pelancongan Tempatan Boleh Dikatakan Sudah Musnah Disebabkan PKPB – Pengusaha Pelancongan

Share

Pengusaha-pengusaha industri pelancongan di Malaysia memberi amaran bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan melumpuhkan industri pelancongan kawasan tersebut.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata sekatan itu berlaku pada waktu yang sangat rapuh bagi pengendali industri pelancongan.

“Sangat mengecewakan dan menghampakan bahawa ini (PKPB) terjadi ketika pelancongan domestik baru mula bangun. Dengan adanya sekatan dalam perjalanan antara daerah, permintaan untuk perjalanan santai boleh dikatakan sudah musnah,” katanya.

PKPB kini dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah. Semua aktiviti pelancongan tidak dibenarkan di empat kawasan dalam tempoh dua minggu ini.

Menurut Tan, industri pelancongan di seluruh negara sudah mengalami kesulitan sebelum pelaksanaan PKPB kali ini.

“Tanpa bantuan kewangan dan penangguhan moratorium dari kerajaan, hanya menunggu masa sebelum kebanyakan pengusaha pelancongan gulung tikar,” katanya.

Tan berkata, kerajaan seharusnya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

“Penguatkuasaan yang kuat untuk mengekang Covid-19 seharusnya menjadi kebiasaan dan bukannya (secara konsisten) melaksanakan PKP yang merugikan ekonomi,” tambahnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, walaupun PKPB diperlukan berikutan lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini, ia adalah “langkah mundur” bagi ekonomi industri pelancongan.

Sekatan itu, menurut Yap, akan menghalang keyakinan penduduk tempatan untuk melakukan perjalanan.

“Kami menjangkakan penurunan penginapan 10% hingga 15% dalam beberapa minggu akan datang, dan lebih-lebih lagi sekarang kawasan KL, Selangor dan Putrajaya ditempatkan di bawah PKPB,” katanya, sambil menambah bahawa kawasan di atas adalah pasaran utama untuk pelancong domestik.

“Ini akan merugikan industri antara RM60 juta hingga RM100 juta dalam pendapatan minimum dan jika keadaan tidak semakin baik, kita akan dipaksa kembali semula ke hari-hari awal wabak ini,” kata Yap.

“Kami sebelumnya menjangka permulaan pemulihan industri pelancongan pada pertengahan 2021, tetapi melihat situasi sekarang, kemungkinan akan berakhir pada tahun 2021,” katanya.

Yap bersetuju dengan permintaan Tan untuk meminta lebih banyak bantuan daripada kerajaan untuk membantu industri pelancongan bertahan.

“Kami memerlukan subsidi gaji yang disasarkan agar industri ini dapat bertahan. Kami sebelumnya telah mencadangkan subsidi upah 50% untuk pekerja dengan gaji bulanan hingga RM4,000 dan 30% bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000 sebulan.

“Ini akan membolehkan industri mengekalkan pekerjaan untuk pekerjanya,” kata beliau.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!