Ingin Cipta KitKat Anda Sendiri? Segalanya Boleh Di KitKat Chocolatory Tokyo
Share

Kepada semua peminat KitKat pasti teruja dan seronok kerana di Tokyo terdapat sebuah tempat untuk mereka yang ingin mendekorasi dan membuat KitKat mereka sendiri.
Seperti yang kita semua tahu, Jepun amatlah mencintai KitKat sehingga mereka membangunkan banyak KitKat Chocolatory.
Pada 4 Ogos yang lalu, sebuah KitKat Chocolatory dibangunkan di Shibuya Miyashita Park yang menyediakan sebuah perkhidmatan untuk KitKat anda sendiri.
https://www.facebook.com/sugoimart/videos/we-visited-the-kit-kat-chocolatory-in-shibuya-a-tokyo-where-we-got-to-make-our-o/228596045048198/
Anda akan disajikan dengan tiga jenis coklat dan ditambah dengan 17 jenis perasa ataupun topping.
Selain itu, mereka juga menyajikan manisan seperti crepe, ais krim dan minuman yang sesuai.
Ini merupakan sebuah peluang yang bagus untuk mereka yang suka dan minat akan manisan ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda.
Sumber: Timeout.com