Ini Tiga Elemen Keunikan & Kebanggaan Malaysia Pada Busana Nasional yang Diperagakan di Miss Universe - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Ini Tiga Elemen Keunikan & Kebanggaan Malaysia Pada Busana Nasional yang Diperagakan di Miss Universe

Share
  • Untuk enam tahun berturut-turut, segmen national costume telah dimonopoli oleh negara Asia dalam pertandingan Miss Universe
  • Berat kostum nasional yang diperagakan oleh Shweta Sekhon dengan tema Peranakan Indulgence adalah 28 kilogram
  • Miss Universe 2019 telah berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat & dikendalikan oleh Steve Harvey

Jika tidak kerana kesilapan ‘teknikal’, tahun ini menyaksikan kejayaan Malaysia di pentas Miss Universe dengan kemenangan Shweta Sekhon menerusi segmen National Costume.

Namun, pengumuman kesilapan berita itu telah disahkan di laman rasmi Twitter Miss Universe bahawa Malaysia bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019. Sebaliknya, kemenangan tersebut tetap diberikan kepada wakil Filipina seperti yang diumumkan pada awalnya oleh Steve Harvey. 

Jika tidak kerana ‘kesilapan’ yang tidak disengajakan itu, kostum nasional bertemakan “Peranakan Indulgence” rekaan pereka tempatan, Carven Ong diiktiraf seterusnya dinobatkan busana terbaik di peringkat antarabangsa.

Kostum tersebut menggabungkan kombinasi dan keunikan Malaysia yang terkenal dengan gelaran syurga makanan termasuk keindahan busana tradisional yang tidak lari daripada hubungan kaum yang harmoni serta masyarakat majmuk Malaysia.

Tiga elemen yang diperincikan dalam kostum kebangsaan tersebut menampilkan kain sarung songket, Nyonya batik dan kepelbagaian citarasa sajian Nyonya.

Pengumuman yang mencetuskan kontroversi oleh Steve Harvey
Kostum Nasional yang diperagakan oleh Shweta Sekhon -Peranakan Indulgence

Sedikit sebanyak ‘kemenangan palsu’ yang ditarik balik oleh pihak Miss Universe telah meletakkan nama Malaysia dalam perhatian netizen/warganet di seluruh dunia. Diharapkan insiden ini membuka pintu buat orang luar untuk mengenali Tanah Air sejajar dengan kempen Visit Malaysia 2020.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!