Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peraturan Baru Melancong Ke Eropah - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Peraturan Baru Melancong Ke Eropah

Avatar
Share

Sebuah sistem kebenaran perjalanan baru akan diperkenalkan di Benua Eropah yang memerlukan pelancong dari luar Zon Schengen untuk mendaftar sebelum mengunjungi

Bagi yang tidak mengetahui apakah maksud Zon Schengen, Zon Schengen adalah kawasan yang terdiri daripada 26 negara Eropah yang secara rasmi telah melupuskan keperluana pasport dan semua jenis kawalan sempadan di sempadan bersama. Kawasan ini kebanyakannya berfungsi melalui bidang kuasa tunggal untuk tujuan perjalanan antarabangsa, dengan kegunaan visa yang sama. Kawasan ini dinamakan sempena Perjanjian Schengen 1985 yang ditandatangani di Schengen, Luxembourg.

Peraturan ini pada awalnya dijadual bermula pada tahun 2021, walaubagaimanapun ia dilihat bakal beroperasi sepenuhnya sehingga akhir 2022. Ketika pertama kali diumumkan pada tahun 2019, kebanyakan media menyebut ia sebagai sistem baru ‘visa’, dan telah disangkal oleh Suruhanjaya Eropah sebagai tidak benar. Pada masa ini, lebih 60 negara mempunyai akses tanpa visa ke Zon Eropah dan ini tidak akan berubah.

Langkah tambahan akan diberi kepada pelawat bukan dari Negara Eropah sebelum melakukan perjalanan. Pelawat dari negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Brazil dan Britain perlu membuat permohonan dalam talian melalui Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS). Ia berfungsi sama seperti ESTA di Amerika Syarikat.

Permohonan berharga €7 (USD 6.22) dan dianggarkan 95% orang akan mendapat kelulusan dalam beberapa minit. 3-4% mungkin memerlukan sedikit masa untuk diproses sementara baki 1-2% akan dibuat semakan manual yang memerlukan lebih lama masa dengan potensi penolakan. Kelulusan ETIAS akan sah selama tiga tahun.

Syarikat penerbangan perlu memeriksa pasport sebelum membenarkan pengguna menaiki pesawat untuk memastikan mereka mendapat persetujuan ESTIAS. Sekiranya sampai ke pemeriksaan sempadan tanpa mendapatkan kebenaran, pelancong akan dilarang masuk. ETIAS tidak diperlukan di setiap negara EU melainkan bagi mereka yang berada di Kawasan Schengen. Pada masa ini Ireland, Romania, Bulgaria, Cyprus dan Croatia tidak termasuk dalam kawasan ini.

Walaupun peraturan ini akan berjalan pada akhir 2022, ia tidak akan diwajibkan dalam tempoh enam bulan selepas perlaksanaan. Jurucakap Suruhanjaya Eropah mengesahkan kepada SchengenVisaInfo bahawa rancangan untuk ia dilancarkan “masa ini belum terjejas oleh wabak Covid19,” walaupun ia dianjak dari tarikh pelancaran awal 2021 seperti yang dicadangkan. Suruhanjaya mengatakan sistem baru akan meningkatkan keselamatan sambil memperkuat komitmen mereka untuk akses yang lebih besar kepada perjalanan tanpa visa.

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!