Insentif 'Tour Guide' & Subsidi Berjumlah RM2.6 Juta Disalurkan Kepada Sektor Pelancongan di Selangor - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Insentif ‘Tour Guide’ & Subsidi Berjumlah RM2.6 Juta Disalurkan Kepada Sektor Pelancongan di Selangor

Share
  • Selangor merekodkan jumlah kedatangan pelancong seramai 7.62 juta orang pada tahun 2019 (peningkatan 5%).
  • Negeri Selangor berada di kedudukan pertama dalam menerima kemasukan pelawat domestik tahun lalu iaitu seramai 33.6 juta.
  • Kempen pelancongan domestik, “Pusing Selangor Dulu” sedang giat dijalankan oleh Tourism Selangor menerusi visi Reset Tourism.

Sektor pelancongan adalah sebuah industri yang prominen dengan Negeri Selangor. Selangor berada di senarai teratas menerima kedatangan pengunjung domestik.

Diikuti Kuala Lumpur (22.6 juta), Sabah (22 juta), Perak (21.1 juta) & Sarawak (19.8 juta) – Laporan Kaji Selidik Pelancongan Domestik 2019.

Impak pandemik COVID-19 mengakibatkan tiga buah hotel di Selangor henti operasi manakala beberapa buah hotel terpaksa tutup sementara sehingga penghujung tahun.

Lata Medang, Kuala Kubu Bharu
Lata Medang, Kuala Kubu Bharu
Sky Mirror, Kuala Selangor

Kini, Tourism Selangor dengan sokongan Kerajaan Negeri sedang mempergiatkan usaha membangunkan semula industri pelancongan tempatan dengan visi “Reset Tourism”.


“Kita harus memainkan peranan berganding bahu bersama-sama menyemarakkan semula industri pelancongan domestik Negeri Selangor, sekaligus meletakkan Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat untuk dikunjungi”, – Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor


Subsidi baucar pelancongan bagi kegunaan di premis perhotelan, taman tema dan homestay berlesen disalurkan berjumlah RM2 juta.

Kerajaan Negeri turut meluluskan insentif khas one-off RM1,000 kepada pemandu pelancong, pengusaha homestay dan hos komuniti bernilai RM600 ribu.

Tourism Selangor
Selangor's 2020 Recovery Economic Plan
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020

Penulis percaya, keprihatinan yang dizahirkan Selangor dalam membangunkan semula industri pelancongan negeri perlu dinikmati oleh pelancong domestik.

Bayangkan baucar pelancongan sejumlah RM2 juta, kempen Pusing Selangor Dulu dan ‘kegilaan’ rakyat untuk Cuti-Cuti Malaysia pasti melakarkan senyuman semula buat penggiat sektor ini.

Perancangan & Kempen

  • Penggunaan optima landasan digital & laman sosial media
  • Penganjuran Progam Media FAM Trip
  • Mempromosikan pakej-pakej pelancongan & diskaun
  • Pengiklanan outdoor billboard & unipole (pasaran domestik)
  • Pembangunan pakej-pakej pelancongan baharu
  • Penganjuran acara & aktiviti pelancongan Negeri Selangor
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!