10 Rahsia Menarik Tentang Petra, Kota yang Hilang );

Type to search

Backpackerz Insider

10 Rahsia Menarik Tentang Petra, Kota yang Hilang

Share

Petra, Kota yang Hilang adalah salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang terletak di negara Jordan, Timur Tengah.

Menariknya, seperti di dalam gambar, kota antik yang diukir hanya dengan batu, bukanlah sesuatu yang mudah dan hasilnya sangat mengagumkan.

Korang pun mesti terpesona dan asyik dengan ukiran bangunan pada batu dan di gaung yang sempit ini. Untuk pengetahuan semua, ada rahsia menarik di sebalik Kota Petra yang Hilang ini dan mesti buat korang tertanya-tanya.

Mari kita geledah 10 rahsia menarik di sebalik Kota kuno yang awesome ini.

Siapa yang bina kota ini dan bila?

The Lost of City Petra

 

Kota Petra sebenarnya telah ditinggalkan selama dua milenium yang lalu dan adalah kota yang berfungsi sepenuhnya walaupun ditinggalkan. Kota ini juga pernah menjadi pusat perdagangan besar seperti kota Melaka, yang terletak di persimpangan jalan antara Arab, Afrika, India dan Mesir.

Segala barang dagangan seperti rempah ratus, sutera dan ramuan dari negara-negara tersebut dan secara tak langsung menjadikan penduduk di situ suatu ketika dahulu sangat kaya.

Walaupun kota ini tidak sepenuhnya bangun, tetapi umum mengetahui bahawa Petra adalah ibu kota bagi kerajaan Nabata. Menurut kajian arkeologi, pada tahun ketika Petra maju, sekitar 20,000 orang yang tinggal di kota tersebut. 

Bagaimana orang Nabata ukir bangunan dari batu?

Ukiran bangunan dari dinding gaung sangat tepat dan mengagumkan. Ukiran elegan yang memperlihatkan tahap perkembangan peradaban bagi kota ini yang tinggi. Ilmu pertukangan orang Nabata juga sangat superb!

Pintu masuk utama bangunan Al-Khazneh, yang dinamakan oleh orang Arab Badwi tempatan, yang bermaksud semua kekayaan ada di dalamnya. Gerbang Al-Kazneh itu diukir dari batu mawar dan itu juga sebabnya mengapa kota Petra ini dikenali sebagai kota Rose

Pintu gerbang Al-Khazneh atau ‘The Treasury’

 

Ahli pakar percaya yang pembina bangunan Petra ini harus membuat langkah besar untuk membuat bangunan ini dengan selamat. Tidak ada satu pun pokok di sekitar yang digunakan untuk membuat tiang (asas buat bangunan).

Para saintis berpendapat bahawa pembinaanya bermula dari atas: orang-orang Nabata berdiri di atas batu dan secara perlahan bergerak ke bawah. Hanya menggunakan palu dan pahat, hasilnya sangat luar biasa.

Adakah batu melindungi kota Petra dari musuh?

Facebook Page The Lost of City Petra


Kaum Yunani sangat mencemburui harta yang dimiliki Petra dan kota ini harus pertahankan dirinya dari mereka. Walaupun Petra memenangi perang Yunani, namun ketika Rom datang menjajah, Petra terpaksa menyerah. 

Pada abad ke-4, gempa bumi memusnahkan sebahagian besar bandar tersebut seperti yang dinyatakan dalam kitab Al-quran dan orang Rom putus untuk tinggalkan Petra, kemudian diambil-alih oleh kerajaan Byzantine.

Kenapa Petra dipanggil sebagai Kota yang hilang?

Kota Petra


Dengan perkembangan teknologi, perdagangan maritim mulai berkembang menyebabkan Petra mula kehilangan tujuan tempat strategik.

Itulah sebab kota ni ditinggalkan dan tersembunyi di pandang pasir. Itulah salah satu dipanggil sebagai Kota yang Hilang.

Sebab lain, kaum Arab Badwi menyebut diri mereka sebagai keturunan Nabateans dan tidak mahu orang luar tahu tentang Petra hanya untuk mencari harta karun dan hancurkan khazanah dari keturunan mereka. 

Namun, Petra akhirnya dijumpai juga ketika seorang pengembara Eropah menyamar dengan berpakaian Arab Badwi dan terjumpa satu lokasi misteri.

Bagaimana orang Eropah Tahu Tentang Petra?

Johan Ludwig Burckhdart, pengembara dari Eropah


Petra ditemui pada 12 Ogos 1812 oleh Johan Ludwig Burckhdart dari Switzerland. Dia terdengar tentang lagenda
kota misteri ini ketika dalam perjalanan ke Kaherah.

Walau bagaimanapun, Johan Ludwig terpaksa menyamar dan berbohong kepada pemandu arah dengan guna nama samaran: Sheikh Ibrahim Ibn Abdallah ketika dalam perjalanan ke kota misteri tersebut.

Dia bagaimana pun tidak dapat menghabiskan banyak waktu di Petra kerana bukan orang tempatan dan tidak dapat nyata dengan tepat adakah kota itu yang dia ingin cari.

Jadi, ini adalah salah satu sebab mengapa orang-orang Eropah tahu tentang kota Petra, dan ahli arkeologi yang lain ikut jejak langkahnya. Mereka menangkap banyak gambar tetapi, penyelidikan arkeologi hanya bermula pada tahun 1929.

Mengapa Petra ada ‘The Treasury’ atau Al-Khazneh?

Pintu gerbang ‘The Treasury’

 

Ahli arkeologi juga tidak mengetahui mengapa The Treasury itu dibina. Ada sesetengah orang menganggap Al-Khazneh itu ialah makan raja Nabata.

Ada juga yang percaya itu adalah untuk menyimpan dokumen atau mungkin digunakan sebagai tempat ibadat. Yang pasti dapat kita katakan ialah ‘The Treasury’ dibina kemudian, ketika kota itu sudah didirikan dan kaya.

Macam mana mereka dapat bertahan di padang pasir dan batu yang tiada punca air?

Laluan tambak air untuk penduduk di Kota Petra suatu masa dahulu.

 

Kaum Nabata sangat arif dalam teknologi berkaitan dengan air, seperti dinyatakan dalam Al-Quran.

Mereka membina tambak, bendungan, terowong serta takungan dan kota itu adalah oasis bagi pelancong yang penat berjalan.

Teknologi luar biasa ini membolehkan penduduk tempatan tinggal di bandar, walaupun ketika musim kemarau.

Pada masa-masa tertentu, ada banyak air, sehingga penduduk setempat membina empangan dan saluran air yang mengubah arah air hujan ke kota sehingga orang dapat hidup dengan selesa.

Adakah kaum Nabata tinggal di dalam batu?

Ruangan dalam Kota Petra

 

Petra adalah pusat keagamaan yang besar, dan mungkin itu adalah tempat berkumpulnya alim ulama, para paderi, pemahat, pedagang, dan orang lain.

Di Petra, terdapat lebih dari 1,000 makam, yang kebanyakannya untuk keluarga dan bahkan seluruh suku. Sebilangan besar orang di sana mungkin menjalankan perniagaan pengebumian .

Sukar untuk menjawab soalan mengenai apakah semua 20,000 (atau mungkin juga 30,000) penduduk kota itu tinggal di dalam Petra. Kemungkinan sebilangan orang tinggal di khemah di luar tembok.

Apa lagi yang ada di Petra selain gambar pintu gerbang yang indah?

Kota Petra


Salah satu bangunan yang paling mengagumkan di Petra adalah teater . Ia berada betul-betul di tengah kota dan sehingga 8,500 orang boleh duduk dalam satu masa yang sama.

Antara objek menakjubkan lain adalah Jalan Fasad yang memiliki banyak kubur, dan biara Ad Deir. Ia adalah bangunan monumental yang tujuannya masih menjadi misteri

Filem ikonik Indiana Jones juga pernah memaparkan bangunan Petra dalam babak dalam filem tersebut selepas tempat tersebut tersenarai dalam UNESCO pada tahun 1985 sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.


Adakah kita akan dapat menyelesaikan semua misteri Petra?

Misteri di Kota Petra dapat diketahui dengan mengkaji makna di dalam Al-Quran dan dijadikan iktibar. Pada tahun 2016, ahli arkeologi menemui struktur yang tidak diketahui yang besar yang mungkin mempunyai fungsi upacara.

Dan pakar masih berusaha memahami dengan tepat apa itu. Pada tahun 1993, gulungan ditemui sejak zaman Bizantium, maklumat ini yang ada di dalamnya masih menjadi rahsia

Ahli arkeologi percaya bahawa sekarang, kita hanya mengetahui sekitar 15% bandar dan 85% yang lain masih di bawah tanah dan belum dijumpai.

Kalau hendak tahu mengenai keranda makam purba mesir, jom baca di sini

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!