Percutian Yang Menyegarkan, 5 Tempat Percutian Tepi Sungai );

Type to search

Backpackerz Feast Hiking & Outdoor Insider

Percutian Yang Menyegarkan, 5 Tempat Percutian Tepi Sungai

Share

Tempat percutian semula jadi menjadi tarikan hebat buat masa sekarang. Sungai, pantai dan lautan menjadi tumpuan kepada pelancong tempatan yang rindukan suasana segar dan damai.

Untuk mereka yang tidak mahu perjalanan dan memandu jarak yang jauh, lokasi di Selangor sangat sesuai untuk anda dan keluarga.

BACA JUGA: 5 LOKASI ‘STAYCATION’ MENARIK YANG KAYA DENGAN ALAM SEMULA JADI

Bayangkan penginapan yang anda tempat mudah untuk akses ke sungai semula jadi untuk menikmati air yang sejuk. Tak perlu menapak jauh, keluar dari bilik terus anda dapat merasai aura sungai.

Glamgoat Aman Dusun Orchard & Farm Retreat, Hulu Langat, Selangor

Tempat yang tenang ini dibina di dalam ladang dan kebun. Selain itu, Glamgoat Aman Dusun Orchard & Farm Retreat juga berhampiran dengan sungai dan dikelilingi pokok buah-buahan.

Kehijauan yang mengelilingi penginapan ini mempunyai dua rumah iaitu Blue House dan Riverview House.

Di sini juga menyediakan Yoga Retreat untuk pengunjung yang ingin mencuba dan belajar cara bernafas dengan betul.

Jangan lepaskan peluang untuk berbasikal di laluan Tour de Langkawi di Cycling Retreat.

Alamat: Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
No. Tel: +60123950503/+60163230569
Website: Glamgoat Aman Dusun Orchard & Farm Retreat
Facebook: @glamgoat
Instagram: glamgoatamandusun

Tanah Larwina Retreat, Hulu Langat, Selangor

Tanah Larwina menyediakan tempat percutian yang tenang.

Bukan itu sahaja, lokasinya juga berdekatan dengan bandar tetapi konsep yang diketengahkan adalah semula jadi.

Dengan tanah seluas tiga ekar, mempunyai aliran sungai, dusun dan haiwan ternakan untuk pengunjung bermain bersama.

Kemudahan yang disediakan di Tanah Larwina seperti tempat penginapan, tempat memasak dan BBQ, peralatan memasak, tempat unggun api dan Laman Terap iaitu tempat BBQ terbuka.

Selain BBQ, pengunjung juga boleh bermandi sungai, menangkap ikan, berkelah, ke dusun yang disediakan dan bermesra dengan haiwan ternakan.

Alamat: Kg. Paya Lebar, Batu 23, Jalan Sg. Lui, Hulu Langat, Selangor
Website: Tanah Larwina
Facebook: @TanahLarwina
Instagram: @tanahlarwina

Dusun Bonda, Batang Kali, Selangor

Dusun Bonda adalah glamping yang sesuai untuk kanak-kanak.

Pemandangan yang tenang, dikelilingi dengan sungai, air terjun dan kolam buatan yang selamat.

Dengan suasana tropika aktiviti yang anda boleh lakukan adalah mandi di air terjun, rasai mara air panas semula jadi dan memancing di kolam kampung terdekat iaitu Kolam Memancing Air Tawar D’Kali dan ke dusun buah-buahan.

Tempat penginapan yang disediakan pula adalah Vila Studio dengan pemandangan sungai dan Bell Tent yang sangat comel!

Website: Dusun Bonda
Instagram: @dusun_bonda

Ratu Rening Residency, Batang Kali, Selangor

Bertempat di kawasan hutan simpan di pinggir Banjaran Titiwangsa, di kaki bukit Genting Highlands yang dikelilingi oleh aliran Sungai Hijau.

Ratu Rening Residency menyediakan dua penginapan selesa iaitu Dusun Raja dan Sekebun Bunga.

Dusun Raja dibina dalam kebun buah-buahan tropika. Manakala Sekebun Bunga pula, terletak dalam taman bunga. Kedua-dua penginapan ini berhampiran dengan Sungai Hijau yang unik dan mempunyai fungsi tersendiri.

Antara aktiviti yang anda boleh buat adalah BBQ berhampiran sungai, mandi sungai dan berkelah.

Whatsapp: +60112613 3378 (Whatsapp)
Website: Ratu Rening Residency
Facebook: @RatuRening
Instagram: @raturening

Selarulofthouse, Serendah, Selangor

Siapa yang suka berkhemah? Selarulofthouse adalah termpat paling sesuai untuk anda!

Perjalanan ke sini mencabar dan sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan bermalam dalam hutan.

Di sini hanya menyediakan pondok dan ruang terbuka serta rumah kaca yang membekalkan tenaga elektrik ongrid.

Sungai yang mengalir berhampiran dengan tapak perkhemahan, sepanjang hari anda akan mendengar deruan sungai yang sejuk.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!