5 Trend Travel Yang Dijangka Berubah Tahun Ini );

Type to search

Backpackerz Insider

5 Trend Travel Yang Dijangka Berubah Tahun Ini

Share

Ketika sedang melangkah masuk bulan ketiga 2021 ini, industri pelancongan terus beradaptasi mengikut trend semasa dan terus berjuang dalam keadaan pandemik ini.

Pandemik COVID-19 telah mengubah travel antarabangsa seperti kita sedia maklum. Walaupun beberapa transformasi memudaratkan industri ini, yang lain telah membolehkan pelancong memiliki kreativiti yang lebih tinggi ketika mereka mengimpikan pengembaraan mereka seterusnya.

Trend travel semasa membolehkan seseorang terus meneroka sambil menyokong perniagaan tempatan dan mengurangkan risiko pendedahan wabak.

Walaupun kebanyakan orang sudah mula membuat gelembung perjalanan di dalam daerah sendiri, ia masih lagi berbeza ketika masih berpeluang untuk merancang trip dan tempah perjalanan pada 18 bulan yang lalu.

Disebabkan pergerakan menjadi terhad dan ramai yang sudah mula membiasakan diri dalam norma baharu, ada beberapa trend travel yang telah berubah dan mungkin akan terus berkembang selaras dengan keadaan semasa.

1. Travel Domestik Masih Lagi Menjadi Topik Hangat

Walaupun penerbangan antarabangsa masih lagi ditutup dan kemungkinan dibuka semula jika pas vaksin akan menjadi dokumen pengesahan perjalanan, trip dalam negara masih lagi menjadi topik yang akan sentiasa hangat. 

Disebabkan rakyat Malaysia masih lagi tidak berpeluang bergerak ke luar daerah, mengunjungi tempat-tempat di dalamnya dapat menjadikan mereka lebih memahami tempat dalam daerah sendiri.

Sebagai contoh jika korang duduk di Pahang, siapa sangka di Lipis masih ada lagi bahan mineral seperti emas yang menjadikan penduduk di situ orang kaya ekspress. Secara tak langsung, ramai orang akan mula meneliti travel di dalam negeri dan sejarah lokaliti di Malaysia.

2. Ujian Rapid-Test Akan Jadi Norma Semasa Travel & Check-In

Travel secara berkumpulan mungkin akan berlaku apabila kesemua rakyat malaysia sudah menerima vaksinasi. Mungkin hotel-hotel akan menawarkan ujian rapid-test yang cepat di lokasi.

Ini kerana, jenis ujian yang cepat dan tepat ini akan tersedia seperti yang dibuat di airport Dublin, Ireland. Ia juga dilancarkan di Hotel W South Beach untuk tetamu dan pekerja dengan menyediakan ruang untuk membuat ujian rapid-test dan menawarkan buat ujian di bilik masing-masing. 

Jika ia juga dapat dipraktikkan di Malaysia dengan kolaborasi hospital kerajaan atau swasta, kemungkinan industri pelancongan dapat rancak kembali walaupun dalam daerah dalam norma baharu.

3. Tapau Makanan di Hotel Atau Tempat Bercuti Masih Menjadi Pilihan Utama

Walaupun di kemudian hari korang hendak merancang trip selepas vaksinasi, gaya hidup dalam norma baharu telah membiasakan korang untuk tapau makanan di tempat trip untuk jaga SOP.

Dengan lebih banyak kemudahan penghantaran makanan seperti Food Panda atau GrabFood, mesti ramai yang akan ambil kesempatan ini untuk tingkatkan trip mereka dengan cara baru.

Dengan tapau makanan, kini sudah mudah untuk membawanya ke taman, pantai, daki gunung atau menikmati pemandangan di luar tingkat hotel dengan makanan yang korang dah tapau.

4. Kebanyakan Orang Akan Mula Ambil Cuti yang Lebih Panjang

Disebabkan tahun yang lalu kebanyakan orang bekerja dari rumah, jadi pekerja ada kemampuan untuk lanjutkan cuti dalam jangka masa yang lama.

Dengan jadual ini, individu dapat bekerja dengan selesa yang jauh dari rumah sambil menikmati ke destinasi yang dikehendaki.

Trend sebegini membolehkan korang memahami budaya tempatan dengan lebih baik semasa dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dalam situasi ini, budaya travel secara nomad digital iaitu tinggal di tempat berbeza dalam jangkamasa yang lama dalam satu masa masih belum meluas lagi diguna pakai orang Malaysia kerana komitmen untuk sesuatu perkara.

5. Glamping, Berkhemah atau Campervan

Di tahun 2021 ini, kebanyakan orang akan terus beri perhatian dengan idea glamping dan berkhemah untuk kurangkan risiko terkena COVID-19.

Percutian dengan gaya ini kemungkinan akan terus berkembang kerana tidak perlu menempah tempat untuk tidur sambil menikmati pemandangan alam.

Pelancong pun kini boleh menyewa campervan untuk travel sekeliling, memasang khemah di kawasan hutan, atau sewa rumah bot untuk memancing selama beberapa hari.

Jadi, korang rasa trend travel mana yang mungkin akan terjadi dalam tahun ini?

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!