6 Tips Bercuti Dalam Negara Yang Wajib Anda Tahu );

Type to search

Backpackerz Feast Insider Stay In Tips

6 Tips Bercuti Dalam Negara Yang Wajib Anda Tahu

Share

Siapa kata melancong dalam negara tidak perlu baca tips atau tidak perlu buat kajian terlebih dahulu.

Walaupun bercuti dalam negara, anda wajib ketahui selok-belok mengenai destinasi supaya tiada gangguan yang bakal merosakkan mood anda.

BACA JUGA: Malaysia Tarik Balik Larangan Perjalanan Sementara Untuk 8 Negara Ini

Atur Tarikh Di Luar Musim Bercuti

Ketahui tarikh-tarikh cuti di Malaysia seperti cuti umum, cuti sekolah dan cuti perayaan.

Tarikh cuti seperti ini dipanggil ‘peak season‘ atau waktu puncak, biasanya waktu begini ramai orang akan mengambil kesempatan untuk bercuti dan harga tempat percutian akan menjadi lebih tinggi.

Daripada nak hilangkan stress dan berehat, takut nanti makin stress dan perlu berebut dengan orang lain pula.

Jadi, pilih tarikh yang bukan pada musim percutian anda akan dapat layanan yang lebih baik, harga yang murah dan suasana yang tenang.

[SUMBER: CARI-HOMESTAY]

Cari Waktu Yang Sesuai

Memang Malaysia adalah negara yang beriklam panas sepanjang tahun tetapi tidak bermaksud tiada musim hujan atau banjir!

Selalunya di kawasan Pantai Timur, akan mengalami musim tengkujuh pada hujung tahun hingga awal tahun hadapan.

Waktu begini kurang sesuai untuk melancong di tepi pantai dan pulau kerana angin dan ombak yang kuat akan menganggu aktiviti air.

Bagaimanapun, anda boleh tukar destinasi ke Pantai Barat yang tidak kurang hebatnya keindahan alam semula jadi.

Buat Tempahan Tiket Penerbangan

Banyak tips untuk membeli tiket penerbangan. Anda hanya perlukan kerajinan untuk membaca tips dan skill yang diperlukan untuk mendapatkan tiket dengan harga yang murah, tidak perlu berebut dengan orang lain dan jika bertuah anda akan mendapat harga diskaun!

Salah satu tips untuk membeli tiket penerbangan dengan mudah dan tidak sesak adalah beli pada waktu tengah malam, ketika orang ramai sedang tidur dan tidak ada gangguan laman web yang sesak.

Gunakan Kenderaan Yang Efektif

Bercuti tidak semestinya memandu menggunakan kereta sendiri. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa atau menggunakan pengangkutan awam.

Kenderaan yang digunakan mengikut keadaan dan tempat yang anda ingin tuju. Contohnya, jika anda mahu ke pulau, tidak perlu bawa kereta, menaiki bas ke destinasi lebih mudah. Namun, jika anda ke bandar besar seperti Johor Bahru atau Pulau Pinang, dinasihatkan untuk memandu sendiri atau sewa kereta untuk memudahkan anda bergerak.

Malaysia sudah banyak menyediakan pengangkutan awam, anda hanya perlu atur mengikut kesesuaian sahaja.

Tempat Penginapan Yang Selesa Dan Berbaloi

Jangan disebabkan mahu jimat, anda sanggup tidur dengan keadaan tidak selesa. Pilihlah tempat penginapan yang selesa dan berbaloi untuk percutian anda.

Pemilihan penginapan mengikut bajet anda. Temapt penginapan seperti homestay, hotel dan chalet adalah bergantung kepada jumlah kumpulan yang pergi bercuti bersama.

Atau mungkin anda seorang yang adventure dan memilih untuk tidur di campsite pun tidak menjadi masalah sekiranya ia membeli keselesaan dan kepuasan untuk anda.

Jangan lupa, untuk lebih selamat pastikan anda menempah tempat penginapan lebih awal supaya anda tidak mengalami masalah dapat bilik harga yang tinggi dan bilik yang tidak selesa.

Tempat Menarik Tapi Tidak Ramai Pengunjung

Sangat banyak tempat yang menarik di Malaysia ini. Sebelum meneruskan perjalanan, anda perlu buat kajian sedikit mengenai tempat yang ingin dilawati.

Elakkan ke tempat yang biasa orang ramai kunjungi, cari ‘hidden place‘ untuk diterokai seperti pulau-pulau yang cantik tapi kurang popular, taman negara atau mendaki bukit yang jarang orang jejak tapi hati-hati ya!

Semoga tips mudah ini dapat membantu anda untuk mencapai keseronokan percutian anda di dalam negara. Jangan lupa ya, ikut SOP yang ditetapkan untuk elak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!