7 Tempat 'Ohsem' di Penang Boleh Mai Hujung Minggu Ni );

Type to search

Backpackerz Insider

7 Tempat ‘Ohsem’ di Penang Boleh Mai Hujung Minggu Ni

Farhana Syahirah
Share

Penang merupakan negeri dan pulau yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka disambung dengan jambatan dan feri.

Pulau Pinang juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Namanya diambil sempena nama pokok pinang. Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang.

Bagi menaikkan kembali ekonomi pelancongan domestik, apa kata kita buat survey dahulu dalam Penang kot-kot weekend nanti korang nak terjah ke~

Terdapat banyak pantai terletak di Penang. Siapa kata di Pulau Pinang tiada tempat yang awesome untuk dilawati?

1. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua dan terbesar di Georgetown. Ia dibina di Daerah Timur Laut Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di situ pada akhir abad ke-18.

Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid.

Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Masjid ini kelihatan sangat cantik ketika matahari terbenam. Jika korang teringin hendak melawat, pegawai-pegawai masjid mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran ataupun tidak.

Pelawat hanya dibenarkan masuk jika mereka berpakaian sesuai iaitu untuk wanita menutup aurat dan longgar pakaiannya dan lelaki berpakaian seluar panjang kemas menutup aurat.

2. Bukit Bendera

Jika korang datang ke Penang, rugi rasanya tidak singgah ke Bukit Bendera ini. Bukit Bendera adalah stesen bukit penjajah pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia.

Terdiri daripada Western Hill, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Government Hill dan ianya terletak 6km dari Georgetown.

Bukit Bendera adalah hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang. Flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak 1960.

Tetapi ia tidak mempunyai keutamaan yang sama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser atau Cameron Highlands tetapi ia adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Pulau Pinang.

Cara yang paling popular untuk bahagian atas bukit adalah Kereta Api Bukit Bendera . Terletak di kaki bukit , funicular ini bermula dari Air Itam. Dibina pada tahun 1923 dan telah menjadi salah satu sistem funikular tertua di dunia dan mempunyai trek 2,007m panjang yang memanjat bukit di merangkak kadar yang 30 minit.

3. Batu Ferringhi

Batu Ferringhi adalah tempat yang menarik dan paling popular di Pulau Pinang. Ini sebabnya, Batu Ferringhi terdiri daripada hamparan pemandangan laut yang panjang dan lembut, pantai berpasir putih sepanjang jalan penggunungan, penuh dengan pelbagai tempat penginapan dan makan pilihan.

Pasar malamnya memang terkenal, kalau rajin korang boleh singgah. Pantai ni memang tempat popular untuk pelbagai aktiviti sukan air seperti parasailing dan luncur angin. Sesuai buat korang yang teringin mencuba perkara baru di sini.

Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar raya Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa. Ia juga merupakan pantai paling popular dan paling relaks di Pulau Pinang sama seperti Teluk Bahang.

4. Escape Theme Park

Bagi korang yang ingin mencuba aktiviti lasak di Penang, boleh singgah ke Escape Theme Park! Konsepnya sama seperti District 21 di Ioi Mall.

Cuma bezanya di theme park ini, mereka menyediakan konsep 100% alam sekitar kerana tempat yang diadakan dipenuhi dengan flora sahaja dan jangan harap ada aircond tau!

Konsep yang digunakan pun sangat bagus kerana ia menekankan cabaran dan kecergasan fizikal gabungan aktiviti zaman silam kanak-kanak serta aktiviti zaman moden. Menarik bukan?

Selain itu juga, warga Escape Thema Park ini juga mempromosikan kempen kitar semula, penggunaan karbon rendah, penuaian air hujan serta bumbung sayur-sayuran.

5. Penang Street Art

Bersiar-siar di jalan-jalan Georgetown tentunya akan membuat korang excited!

Ini kerana pada tahun 2012, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengupah artis dari Lithuania, iaitu Ernest Zacharevic untuk memberi nafas baru kepada beberapa rumah kedai yang beratmosfera Cina di sekitar dalam bandar.

Projek itu merupakan satu kejayaan kerana ianya berkembang maju menjadi destinasi pelancongan paling trending dan juga menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat menarik di Penang.

Hasil kerja beliau boleh dilihat di jalan-jalan seperti Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, Ah Quee Street dan banyak lagi.

Tersangat best untuk berselfie di situ sebagai kenang-kenangan.

6. Muzium Mainan (Toy Museum)

Muzium Mainan Penang telah dikenali sebagai muzium mainan terbesar di dunia.

Ia adalah rumah kepada lebih 100,000 anak patung, kereta api dan koleksi lain dan telah memperoleh tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan pertama negara ini, dengan koleksi mainan dan patung terbesar.

Berjalan melalui pintu depan seolah-olah seperti melangkah kembali ke zaman kanak-kanak dan korang confirm teruja untuk melihat beberapa koleksi patung yang lama iaitu My Little Ponnies dan Care Bears hingga ke Doraemon dan koleksi Gundam.

7. Muzium Wonderfood

Antara tempat menarik di Penang ialah Muzium Wonderfood Penang.

Disini, pelawat dapat melihat, belajar dan mendalami budaya makanan unik di bandar ini dengan paparan yang lebih besar daripada yang hidup hidangan Malaysia.

Terletak dalam bangunan kolonial tahun 1940-an di Georgetown, muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri dipanggil Zon Aktiviti , Zon Wow, dan Zon Pendidikan.

Semua model hyper-realistik adalah buatan tangan oleh pemilik muzium, Sean Lao yang menggunakan teknik replikasi makanan dari Jepun.

Harus diingat, meskipun dibenarkan merentas negeri korang wajib mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Secara tidak langsung kita dapat bantu menjana ekonomi khusus sektor pelancongan tempatan dalam suasana percutian norma baharu. #KitaTegurKitaMenang #CutiCutiMalaysia
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!