Ini 7 Tips Fotografi Bagi Penggemar DSLR Semasa Travel );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz

Ini 7 Tips Fotografi Bagi Penggemar DSLR Semasa Travel

Share
fotografi

Fotografi ialah ‘cenderamata’ yang paling berharga untuk dibawa pulang daripada percutian. Gambar-gambar yang telah diambil ini dapat membawa anda kembali ke masa lalu dan mengembalikan nostalgia saat-saat indah yang pernah dilalui semasa bercuti.

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh memaksimakan lagi perasaan ini dengan menghasilkan foto yang betul-betul dapat merakamkan suasana, emosi, personaliti atau kisah di sebalik gambar yang diambil.

BACA: Hasil Gambar Cantk Guna Kaedah ‘Flat Lay’

Dengan adanya teknik yang betul bila menggunakan DSLR, anda dapat menyerap ‘semangat’ sebenar suasana yang dilalui semasa bercuti.

1. Rancang Waktu Untuk Shoot

Pencahayaan adalah perkara paling asas dalam fotografi – antara waktu yang terbaik untuk bergambar adalah ketika matahari terbit (sunrise) atau pada waktu matahari terbenam (sunset).

Waktu istimewa ketika matahari terbit inilah yang dipanggil sebagai “golden hour” kerana penghasilan cahaya yang lembut, menenteramkan (warm tone) dan sedap dipandang mata. Waktu matahari terbenam pula digelar “blue hour.” Blue hour adalah sejam selepas atau sejam sebelum matahari terbenam.

Ketika blue hour, warna biru dari langit cukup terserlah. Sebolehnya, elakkan bergambar pada waktu matahari terik. Bila bercakap tentang lighting dalam fotografi, ada banyak lagi perkara yang perlu anda tahu dan teknik yang boleh anda kuasai.

2. Jadikan Penduduk Setempat Sebagai Subjek

Untuk mendapatkan hasil fotografi seperti seorang profesional, salah satu misi yang anda boleh rancang untuk buat semasa bercuti adalah untuk mengambil gambar masyarakat setempat.

Antara cara yang anda boleh praktikkan sebelum mengambil gambar adalah dengan berbual dengan mereka terlebih dahulu. Anda boleh bertanya arah, membeli barangan yang mereka jual (sekiranya peniaga), beri pujian atau apa-apa sahaja yang sesuai untuk beberapa minit sebelum bertanya sekiranya mereka tidak kisah untuk dijadikan subjek foto. Barulah mereka lebih relaks atau tidak rasa seperti ruang privasi mereka diceroboh.

Sesetengah orang akan mengatakan tidak kerana tidak selesa bergambar, hormati keputusan mereka. Sesetengah orang pula mungkin mengenakan caj sebelum bergambar.

3. Bawa Tripod Yang Ringan (Lightweight) Untuk Travel

Tripod dapat membantu anda meletakkan kamera pada satu posisi dengan stabil. Seperti yang dikatakan dalam rule of thirds, dengan adanya bantuan tripod, lebih mudah untuk anda mendapatkan komposisi yang sempurna.

Fokus anda hanyalah untuk membetulkan setting exposure, titik fokus atau pelbagai lagi setting penting lain untuk mendapatkan imej yang anda bayangkan.

Penggunaan tripod juga dapat memudahkan anda mendapatkan shutter speed perlahan yang sesuai untuk pemandangan seperti air terjun, bintang di langit malam atau keadaan gelap (low light) tanpa sebarang gegaran yang merosakkan gambar.

Tripod yang stabil membolehkan anda menggunakan ISO yang rendah (mengurangkan sensor noise) dan aperture yang rendah untuk menghasilkan imej dengan fokus yang tinggi.

4. Shoot Dengan Format RAW

Bila anda mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital, cip komputer yang terdapat dalam kamera akan mengambil gambar yang anda tangkap melalui sensor untuk ditukarkan dalam bentuk format tertentu supaya ia mudah dibaca oleh sistem. Bagi kebanyakan kamera, format yang ditawarkan ialah JPEG dan RAW.

JPEG ialah compressed format (format yang dimampatkan) supaya dapat menjimatkan ruang. Dalam proses pemampatan format, banyak data hilang / ‘terkunci’ daripada foto yang diambil yang menyebabkan gambar yang dihasilkan tidak begitu berkualiti tinggi.

Namun dengan menggunakan format RAW, setiap inci data dikekalkan sehingga menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi. Ini juga bermaksud anda boleh sunting foto yang telah diambil dengan lebih efektif kerana anda dapat menguasai data yang tersimpan secara total melalui editing software seperti Lightroom.

5. Set Kamera Anda Kepada Burst Mode

Buat tetapan dengan menggunakan burst mode bermaksud mengambil beberapa gambar dengan hanya satu kali tekanan butang shutter. Ini banyak membantu terutama sekali sekiranya anda mengambil fotografi aksi seperti kanak-kanak berlari, suasana festival yang meriah atau sebagainya.

Setting ini juga penting sekiranya anda mendapatkan bantuan orang lain untuk mengambil gambar. Ini membolehkan anda akan memilih mana-mana  foto yang telah diambil dengan hanya sekali tekan.

6. Gunakan Polarizer

Polarizer adalah filter lens yang sangat membantu terutama sekali dalam cuaca matahari terik di waktu tengah hari. Seperti yang dikongsikan oleh PhotographyTalk.com, ini adalah antara fungsi Polarizer:

  • Untuk menghilangkan silau
  • Untuk membolehkan anda menggunakan shutter speed yang rendah
  • Untuk menyerlahkan warna langit biru (bagi menghasilkan gambar lanskap yang WOW)
  • Ini pula adalah waktu ketika mana polarizer tidak sesuai untuk digunakan:
  • Bila anda ingin highlight permukaan yang basah seperti lautan/tasik
  • Situasi low light (kurang cahaya/gelap)
  • Sekiranya anda inginkan kesan cahaya yang dramatik
  • Bila menangkap gambar pelangi

7. Backup Foto Yang Telah Diambil

Gunakan hard disk untuk menyimpan fail berformat RAW yang telah diambil, manakala bagi foto-foto yang terpilih atau telah disunting pula, anda boleh masukkan ke dalam online backup seperti DropBox dan iCloud.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!