8 Tempat Unik Macam Pergi Ke Portal Dunia Lain );

Type to search

Backpackerz Insider

8 Tempat Unik Macam Pergi Ke Portal Dunia Lain

Share

Jika kita melihat struktur geografi di bumi, terdapat pelbagai bentuk dan ada tempat yang membentuk lubang kedalaman yang berbeza disebabkan oleh manusia ataupun kerana alam semulajadi.

Kebanyakan saintis atau pakar geografi pun tahu tentang struktur bumi pun ketika tahun 50-an dan hanya belajar melalui teori sahaja.

Jom kita tengok senarai tempat paling unik dan dalam dan agak menyeramkan seolah-olah korang pergi ke dunia bawah tanah.

1. Gerbang Neraka, Darvaza, Turkemistan

Lubang kawah berapi ini sebenarnya bukan lah terjadi secara semulajadi, tetapi manusia sendiri yang menciptanya. Penduduk tempatan di situ memanggilnya sebagai ‘pintu ke neraka’.

Kawah ini pada mulanya runtuh kerana proses pengerudian dan akhirnya mengeluarkan gas yang boleh membahayakan penduduk di situ. Bagi langkah keselamatan, kawah tersebut dinyalakan dengan api dan ia masih lagi tidak terpadam hampir setengah abad hinggalah sekarang.

Api yang menyala itu juga boleh mencapai ketinggian sehingga lebih dari 3 kaki. Kedalaman kawah ini juga sekitar 65 kaki dengan 200 kaki diameter persegi.

2. Perigi St. Patrick, Orvieto, Itali

Walaupun nampak macam bukan perigi, tetapi ia sebenarnya adalah perigi. Perigi ini dibuat untuk menyediakan air kepada kota semasa dalam pengepungan dan dibina di bawah gereja.

Pembinaanya bermula pada tahun 1527 ketika Paus Clement VII tinggal di Orvieto setelah runtuhnya kota Rom. Sekiranya berlaku pengepungan, air akan disalurkan melalui perigi ini.

3. Spillway di Empangan California Utara

Lubang air ini adalah buatan manusia yang terletak di California Utara, Amerika Syarikat.

Spillway ini sangat menakjubkan kerana banyak air masuk ke dalam seakan disedut macam sinki.

Lubang ini sudah pun berusia 50 tahun lebih dan ia masih lagi menjadi tarikan pelancong untuk mengambil gambar kerana keunikan lubang tersebut.

4. Er Wang Dong, China



Di China, sekelompok pendaki secara tidaks sengaja menemui sistem gua yang sangat besar dan mempunyai ekosistem yang tersendiri. Korang pun boleh menyelam dalm kabus dan melihat awan di dalamnya.

Terdapat sungai dan tasik bawah tanah di dalam gua dan ianya dihuni oleh spesies ikan yang tidak ada di tempat lain. Korang boleh jumpa ikan albino tanpa mata dalam gua Er Wang Dong ini.

5. Eisriesenwelt, Austria

Gua Eisriesenwelt ini pula terletak di ketinggian lebih dari 5,000 kaki. Namanya pula kalau diterjemahkan bermaksud ‘Dunia yang Penuh Dengan Ais Gergasi’ dari bahasa Jerman.

Gua ini adalah gua ais terbesar di dunia yang mempunyai kedalaman sebanyak 1,300 kaki dan panjang sehingga 26 batu. Bila masuk, mesti akan terfeeling macam nak jumpa Elsa kan huhuhu.

6. Lubang sinki di Bandar Guatemala

Lubang yang berada di Guatemala ini runtuh secara semulajadi pada 1 Jun 2010 sehingga menyebabkan sebuah kilang tingkat 3 dan sebuah rumah terjatuh di dalamnya.

Para penyelidik mengatakan yang tanah tersebut runtuh dan menjadi sebuah lubang yang besar kerana ia kaya dengan batu kapur dan mudah dihanyutkan oleh air.

Penduduk tempatan pula yakin yang sistem kumbahan di bandar tersebut yang bertanggungjawab runtuhan itu terjadi.

7. Kawah Gunung Yasur, Pulau Vanuatu

Gunung Yasur dikenali sebagai gunung berapi yang aktif. Letusan terakhir di situ berlaku pada tahun 2017 yang lepas.

Puak-puak yang tinggal disitu percaya bahawa ada dewa kuno yang tinggal di dalam kawah tersebut dan ‘dewa’ tersebut boleh marah kalau ada yang menganggunya.

Sudah tentu, kawah ini juga telah menarik minat pelancong untuk datang ke Pulau Vanuatu ini kerana gunung berapi ini sangat mudah didaki.

Filem CZ12 juga pernah membuat set pengambaran disini pada tahun 2012.

8. Gua Ais Mutnovsky, Rusia

Gua ais ini sebenarnya terletak di sebelah gunung berapi Mutnovsky, di semenanjung Kamchatka di Rusia. Gunung berapi dan gua ais ini sangat OK duduk berdua bersebelahan.

Gua ais ini mempunyai lengkukan dan sangat cantik apabila korang pantulkan cahaya ke arah glasier ais tersebut.

Tetapi malangnya, baru-baru ini glasier ais telah mencair secara aktif dan laipsan gua jadi nipis sedikit demi sedikit.

Jom kita baca arca unik dan pelik pula.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!