Abah Beli Bas Mini Bawa Ahli Keluarga Jalan-Jalan );

Type to search

Backpackerz Insider Stay In

Abah Beli Bas Mini Untuk Bawa Ahli Keluarga Jalan-Jalan Seluruh Malaysia

Share

Pernah tak anda terfikir untuk beli bas supaya dapat membawa semua ahli keluarga anda pergi bercuti dan jalan-jalan?

Seorang lelaki berasal dari Terengganu mampu mengubah angan-angan kepada kenyataan setelah berjaya membeli bas mini dan membawa 15 orang keluarganya pergi melancong.

Dia membeli bas tersebut untuk memudahkan pergerakan seluruh keluarga untuk melancong serata Malaysia.

BACA JUGA: Teringin Berkayak Seisi Keluarga Sambil Menikmati Keindahan Alam? Bagan Lalang Sepang Destinasi Sesuai Buat Anda

Menerusi laporan daripada Says, selepas berjaya mendapatkan bas mini tersebut, tempat pertama dia membawa keluarganya adalah pulang ke kampung, rumah ibu bapanya di Negeri Sembilan.

Akaun TikTok @rasyiqahrozmi memuat naik video pendek dapat tontonan warganet berjalan mendapatkan perhatian warganet dan tular ke platform media sosial yang lain.

@rasyiqahrozmi juga menunjukkan video keadaan dalam bas mini tersebut, lengkap dengan kelengkapan untuk keluarga, selesa dan mempunyai lubang penghawa dingin pada setiap tempat duduk penumpang.

@rasyiqahrozmi

Okay nahhhhh khas untuk korang! Ni semua rezeki daripda Allah untuk kami sekeluarga. "A family that travels together stays together" ❤️ #foreverlove

♬ DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass - Yudha Paramata

Selain itu, dalam bas tersebut mempunyai tempat letak kasut, ruang simpanan selimut, bantal dan makanan ringan. Lantai bas mini dibentangkan alas tidur yang boleh memuatkan dua orang baring.

Bas mini tersebut boleh masuk seramai 17 orang. Rasyiqah mempunyai lapan orang adik-beradik, tiga daripadanya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *